CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Selangor] 'Kalau bukan telur omega, buat laporan kepada KPDN'

[Copy link]
Post time 16-5-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim.

Gombak: Pengguna digesa membuat laporan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya benar telur yang dibeli oleh mereka tidak seperti dinyatakan sebagai telur omega.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kementeriannya akan menyerahkan bukti itu kepada Jabatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pengabsahan standard telur yang dilaporkan oleh pengguna.

Beliau berkata, isu mengenai telur omega ini akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

"(Jika) dia beli telur itu diletakkan premium tetapi pengguna tidak yakin, dia boleh buat aduan.

"Kita akan serahkan (aduan dan bukti) ini kepada (Jabatan) Veterinar dan KKM," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah Bersama Giant di Batu Caves, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan ladang-ladang telur di seluruh negara didakwa menggunakan syarikat subsidiari untuk menipu label telur biasa yang ditukar dan diisytihar sebagai telur omega bagi mengelak kawalan harga dan mengaut keuntungan berlipat ganda.

Situasi itu sekali gus menyebabkan berlaku lambakan telur jenis itu di pasaran dan pada masa sama telur biasa biasa gred A, B dan C berkurangan.

Mengulas mengenai cadangan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tan Sri Shahrir Samad yang mengesyorkan supaya subsidi pukal untuk gula pasir dihentikan, Salahuddin berkata, pihaknya sedang berbincang dengan dengan tiga lagi kementerian mengenai perkara itu.

Katanya, selain kementeriannya, tiga lagi kementerian itu adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

"Kita sedang bincangkan dengan empat kementerian. Kita akan kemukakan solusi ini dalam masa terdekat.

"Setakat ini, harga yang ada pada hari ini adalah harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan," katanya.

Shahrir sebelum ini mengesyorkan supaya subsidi pukal untuk gula pasir dihentikan memandangkan Malaysia bukan pengeluar gula mentah.

Mengambil contoh Thailand sebagai negara pengeluar, beliau berkata negara jiran itu menjual gula pada harga jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

Shahrir dipetik berkata, pemberian subsidi pukal seperti itu tidak adil kerana ia juga dinikmati golongan kaya sedangkan mereka tidak perlu kepada subsidi itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laporan-kepada-kpdn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.109990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list