CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Johor] JPOAJ dakwa Tok Batin diugut lucut jawatan

[Copy link]
Post time 16-5-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode

DOLAH Tekoi (kiri) menyerahkan memorandum bantahan tanah Rezab Orang Asli yang dijadikan Tanah Kesultanan kepada wakil Setiausaha Sulit II kepada Menteri Besar Johor, Mohamad Iskandar Omar di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di Kota Iskandar pada 8 Mei lalu. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) kecewa kerana tidak menerima sebarang maklum balas kerajaan negeri walaupun memorandum bantahan Tanah Kesultanan sudah diserahkan sejak 8 Mei lalu.

Sebaliknya, Pengerusi JPOAJ, Dolah Tekoi mendakwa Tok Batin yang membantah cadangan kerajaan Johor mengklasifikasikan semula semua penempatan dan tanah rizab Orang Asli negeri ini sebagai Tanah Kesultanan, pula diugut akan dilucut jawatan mereka.

"Tidak salah jika kerajaan negeri memanggil kami Orang Asli untuk duduk berbincang dan berunding bagi mendengar penjelasan dan cadangan supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

"Namun sejak memorandum bantahan dihantar, tiada sebarang maklum balas yang diterima dan ia mengecewakan kami.

"Jangan menggunakan agensi kerajaan bagi menyatakan Orang Asli tidak faham cadangan mengklasifikasi semula semua penempatan dan tanah rizab Orang Asli negeri ini sebagai Tanah Kesultanan.

"Malah semua Tok Batin pula diugut akan dilucut jawatan jika ada yang membantah cadangan itu. Ini bukan tindakan yang berani sebaiknya mahu memaksa Orang Asli kerana ada agenda tersembunyi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 8 Mei lalu, lebih 200 Orang Asli negeri berhimpun dan berarak secara aman di Bangunan Dato Jaafar Muhammad yang menempatkan Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, di sini bagi membantah cadangan berkenaan.

Dalam pada itu, Dolah mendakwa, peletakan status Tanah Kesultanan bukan perkara baharu kerana ia telah dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, beberapa kampung Orang Asli seperti di Kampung Pucur, Kampung Peroh, Kampung Tanah Abang dan Kampung Pengkalan Tereh, telah diklasifisikasikan semula sebagai Tanah Kesultanan.

"Bagaimanapun semua kampung yang terbabit ini telah berlaku masalah dari segi kawalan dan pemilikan yang bercanggah antara Orang Asli dan pemaju wakil Sultan," katanya.

Dolah turut memberi contoh kes Taman Negara Tanjung Piai di Kukup, Pontian yang mahu ditukar sebagai Tanah Kesultanan namun akibat bantahan ramai, ia dibatalkan.

"Mengapa seluruh rakyat Johor membantah ketika tanah Taman Negara Tanjung Piai mahu diletak sebagai Tanah Kesultanan.

"Kalau benar ia langkah yang bagus mengapa rakyat bantah. Namun mengapa bila terkena kepada tanah Orang Asli maka kami dipaksa untuk terima tanpa ada hak lagi untuk memberi pandangan dan cadangan.

"Jika benar ada bukti berlaku pencerobohan berleluasa oleh Orang Asli, maka kerajaan harus mengambil tindakan kepada pihak ini sahaja dan bukan menghukum seluruh tanah Orang Asli," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iugut-lucut-jawatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.250531 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list