CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Terengganu] 2,000 penduduk derita setahun guna jalan berlubang

[Copy link]
Post time 16-5-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penduduk terpaksa menggunakan air sungai untuk mencuci pinggan mangkuk kerana ketiadaan bekalan air sejak petang kelmarin di Tanjung Asam, Teluk Kumbar.



DUNGUN – Kerosakan Jalan Kampung Dendang – Kampung Tepus sejak hampir setahun lalu telah menjejaskan lebih 2,000 penduduk di tujuh perkampungan di Hulu Dungun dekat sini.

Laluan yang dibiarkan berlubang dan tidak diturap tersebut bukan sahaja sering menyebabkan kerosakan kenderaan penduduk malah membahayakan nyawa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tepus, Mad Zaid Abdullah berkata,kenderaan penduduk sering mengalami kerosakan khususnya kebocoran tayar setiap kali melalui jalan tersebut.

“Laluan ini terlalu banyak lubang dan berbatu. Tayar kereta saya sendiri sudah beberapa kali pancit dalam tempoh setahun ini.

“Kalau musim panas, jalan ini terlalu berdebu manakala berlecak pula pada musim hujan. Sudahlah gelap pada waktu malam kerana tidak dilengkapi lampu jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Hasan Hanafi, 34, juga mendakwa cermin keretanya pernah pecah akibat terkena seketul batu jalan yang terpelanting.

Dakwa penjawat awam itu lagi, tayar motosikalnya juga telah beberapa kali pancit apabila terlanggar lubang jalan terutama pada waktu malam.

Amran Mohamad, 43, pula mendakwa, kerosakan Jalan Kampung Dendang – Kampung Tepus yang tidak dibaiki sekian lama diburukkan lagi oleh kenderaan berat yang sering menggunakan laluan itu.

Dakwanya, lori membawa muatan kayu balak dan bijih besi berkenaan dipandu secara berbahaya.

“Jalan semakin rosak, kita penduduk tempatan pun takut dan terpaksa berhati-hati kerana rata-ratanya pemandu kenderaan berat ini tidak memikirkan langsung keselamatan pengguna lain.

“Kami sudah tidak tahan lagi. Mohon kerajaan segera baiki laluan ini demi keselesaan penduduk Hulu Dungun,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... na-jalan-berlubang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list