CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Terengganu] 15 kes strok haba dilaporkan dengan satu kematian

[Copy link]
Post time 17-5-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

DR Zaliha pada Sesi 'Town Hall' Kertas Putih Kesihatan Peringkat Zon Pantai Timur. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Nerus: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang haba semakin membimbangkan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk persediaan untuk memastikan fasiliti kesihatan berada pada tahap terbaik sekiranya menerima kemasukan lebih ramai pesakit akibat strok haba dalam masa terdekat.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat sebanyak 15 kes strok haba dengan satu kematian direkodkan di seluruh negara setakat semalam.

Katanya, ia membabitkan empat kes strok haba, lima kelesuan haba dan enam kes kejang haba.

"Jadi setakat ini, nampaknya belum lagi memerlukan kepada tindakan yang lebih drastik tetapi saya yakin apa yang Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebut itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku apa-apa kesan yang lebih teruk.

"KKM di semua peringkat sentiasa memantau perkembangan semasa dan kita telah bersedia pada bila-bila masa jika ada kes yg berlaku akibat daripada haba yg melampau" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Timur di Dewan Perdana Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah di sini, hari ini.

Terdahulu, kerajaan sedia mengaktifkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 termasuk mengisytiharkan darurat sekiranya keadaan gelombang haba semakin membimbangkan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dilapor berkata, buat masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, Kertas Putih Kesihatan yang dirangka bagi menambahbaik sistem kesihatan negara dibentangkan ke kabinet 26 Mei ini sebelum bacaan pertama di Parlimen.

Selain yakin ia mendapat sokongan daripada rakyat, beliau jugaoptimis kertas pemutihan itu akan mendapat persetujuan daripada semua Ahli Parlimen.

"KKM sudah melihat model (kesihatan) di beberapa negara luar dan kita boleh ambil atau gabungkan input yang baik bagi menambahbaik dasar sistem kesihatan negara" katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engan-satu-kematian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.158076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list