CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Johor] Kejutan lahirkan Muhammad Aryan Qusyairy

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

WAJAH Muhammad Aryan Qusyairy menjadi biru gelap kerana hampir lemas dalam perut. FOTO ihsan Farah Adibah Amirah

Ulu Tiram: Wajah bayi yang menjadi biru kegelapan selepas dilahirkan menjentik hati suami isteri ini yang sama sekali tidak menyangka anak mereka 'berbeza'.

Farah Adibah Amirah Kunyeen, 22, melahirkan bayi keduanya, Muhammad Aryan Qusyairy pada 14 Februari lalu, selepas anak itu hampir lemas dalam perut dan mengakui sebak apabila melihat wajahnya yang jelas lebam.

Bagaimanapun Farah Adibah Amirah dan suami, Mohamad Afiq Zulkiflee, 30, tetap mensyukuri kehadiran Muhammad Aryan Qusyairy dan menyifatkan dia sangat istimewa.

Selepas tiga bulan berlalu, wajah Muhammad Aryan Qusyairy semakin berubah dan kembali normal, berkulit cerah seperti bayi lain.

Kisah bayi comel itu mendapat perhatian di TikTok apabila Farah Adibah Amirah berkongsi video dan gambar Muhammad Aryan Qusyairy, baru-baru ini.

Menurut ibu muda itu, dia melahirkan anak secara normal namun proses kelahiran agak mencabar apabila bayinya tidak keluar biarpun dia sudah meneran sebanyak lima kali.

"Kejadian itu berlaku mungkin kerana bayi besar iaitu seberat 3.34 kilogram dan saya pula berbadan kecil. Ketika melahirkan, bahu kiri Muhammad Aryan Qusyairy tersangkut kira-kira seminit.

"Apabila dia sudah selamat keluar, doktor beritahu muka anak sudah membiru dan hampir lemas dalam perut. Saya anggap biasa saja dan ketika doktor tunjuk anak untuk saya cium memang saya tak perasan lagi wajahnya," katanya.

Katanya, selepas itu, doktor membawa anaknya ke bilik lain untuk pemeriksaan lanjut kerana jangkitan kuman dan bahu yang tersangkut, namun Muhammad Aryan Qusyairy tidak cedera.

"Keesokannya saya dan suami ke wad anak dan ternampak seorang bayi yang wajahnya gelap, sempat juga terdetik di hati, anak siapa itu dan turut berasa kasihan melihatnya.

"Apabila tanya doktor di mana anak, terus saya terkejut apabila doktor tunjukkan bayi pertama yang saya jumpa tadi. Kami terfikir mungkin ada buat salah pada orang tetapi saya fikir positif dan anggap ini ujian," katanya yang bersalin di hospital kerajaan di Johor Bharu.

Farah Adibah Amirah berkata, dia dimaklumkan doktor yang lebam di kulit muka anak akan beransur hilang, malah ibunya juga berkongsi kisah adik ketiganya yang berkeadaan sama selepas terlilit tali pusat ketika proses kelahiran.

"Muka anak saya berwarna biru tetapi bahagian badan lain seperti bayi lain dan selepas lebih dua minggu, mula nampak perubahan apabila muka anak kembali normal.

"Daripada biru gelap berubah ungu kemudian merah-merah sebelum hilang sepenuhnya. Alhamdulillah," katanya.

Berkongsi detik pertama kali menatap sepenuhnya wajah anaknya, Farah Adibah berkata, walau terkejut, rasa sayangnya terhadap Muhammad Aryan Qusyairy tidak berbelah bahagi.

"Saya terima anak saya dengan ikhlas walau apa saja keadaannya kerana dia anak saya, malah kalau ditakdirkan warna kulit wajahnya tidak berubah pun kami tetap menyayangi.

"Saya juga berterima kasih kepada semua pasukan perubatan di hospital kerajaan yang banyak membantu ketika di dewan bersalin," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mmad-aryan-qusyairy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.357966 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list