CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Johor] 'Saya bukan cikgu, tetapi pembantu operasi'

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Azri membantu sekolah dengan melakukan kerja baik pulih dan penyelenggaraan secara sukarela. FOTO Ihsan Mohamad Azri Amir

Batu Pahat: Kerja hakiki Mohamad Azri Amir adalah sebagai pembantu operasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok, di sini namun dia ibarat bidang terjun di sekolah.

Buktinya, Mohamad Azri, 29, sanggup mengerah keringatnya untuk melakukan kerja baik pulih dan penyelenggaraan kecil di sekolah dengan sukarela.

Kisah Mohamad Azri mendapat perhatian selepas memuat naik video di TikTok miliknya @nickx85 , termasuk menurap lubang dalam bilik darjah hingga mendapat pujian netizen.

Berkongsi kisahnya, Mohamad Azri berkata kerja itu dilakukan kerana minat dan keprihatinan untuk menjaga keselesaan murid serta guru dan memudahkan urusan pihak sekolah.

"Ikutkan, saya sudah lakukannya sejak 2018 lagi iaitu ketika mula bekerja di sekolah itu... awalnya tidak begitu aktif kerana masih baharu serta mahu fokus dengan kerja hakiki.

"Lama kelamaan, saya lebih aktif malah jika ada masa terluang pada waktu petang selepas selesai kerja hakiki, saya akan lakukan penyelenggaraan kecil seperti baik pulih paip bocor, tukar ganti mentol lampu dan mana-mana bahagian yang rosak di dalam kawasan sekolah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohamad Azri, apa yang dilakukannya itu bukan bermakna pihak sekolah tidak memandang serius atau tidak mengambil berat mengenai kerosakan yang ada.

"Cuma, kebetulan saya ada kemahiran dan minat, jadi apa salahnya tolong mana yang saya mampu selagi mana tidak menjejaskan kerja hakiki saya.

"Peruntukan sentiasa ada dan sekolah boleh memohonnya namun apa saya lakukan ini lebih kepada inisiatif sendiri," katanya.

Berhubung video dimuat naiknya di TikTok, Mohamad Azri berkata dia sekadar berkongsi apa yang dilakukan dan tidak menyangka ramai salah sangka dengan menganggapnya seorang guru.

"Ramai komen kata terima kasih cikgu sedangkan saya kerja dalam bidang pentadbiran dan sokongan.

"Boleh dikatakan, 90 peratus komen positif tetapi ada juga negatif namun niat saya bukan untuk menunjuk tetapi untuk membuka mata masyarakat bahawa di sekolah, bukan hanya ada guru saja.

"Sebaliknya, ada juga pembantu operasi seperti saya, pembantu tadbir dan jawatan lain yang menjadi tulang belakang sekolah namun tak ramai yang tahu.

"Semoga mesej saya itu sampai kepada yang menonton dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk terus berbuat baik serta menyumbang bakti kepada masyarakat dengan cara tersendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pi-pembantu-operasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.343933 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list