CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Johor] Flat kami lebih bersih, ceria... Terima kasih!

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Penduduk di flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) yang dikategorikan sebagai antara flat uzur di negeri ini bersyukur dengan pelbagai kerja pembersihan dilakukan bagi meningkatkan keselesaan penghuni di situ hari ini.

Seorang penduduk, Siti Rasidah Md Nor, 43, berkata keadaan flat berkenaan semakin ceria menerusi pembersihan dijalankan sejak petang semalam.

Menurutnya, selain sampah pukal, kerja pembersihan turut merangkumi kutipan sampah dan pembersihan longkang di sekitar flat berusia 40 tahun itu.

Katanya, penduduk menghargai pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan negeri atau pusat.

"Penghargaan utama kami adalah kepada tuanku kerana mengetengahkan isu ini dan semuanya ada hikmah, keadaan flat ini semakin baik dan penduduk juga lebih selesa.

"Sebelum ini ada saja isu yang membelenggu penduduk termasuk bumbung bocor, masalah pembiakan denggi, sampah dan sebagainya namun kini kami berasa lega apabila dimaklum kerja membaikpulih akan dilakukan secara berperingkat.

"Bagaimanapun kami berpendapat kerja pembersihan perlu dilakukan secara berkala dan bukan saja sesuatu masa bagi meredakan isu," katanya.

Flat TUTA terdapat 44 blok dengan 4,085 unit rumah adalah antara flat dengan jumlah kepadatan penduduk yang tinggi di dalam Johor.

Sementara itu, penduduk, Chai Sook Fong, 55, berkata penduduk juga berharap supaya flat berkenaan dicat semula supaya ia berwajah baharu.

Menurutnya, kebanyakan penduduk di flat berkenaan adalah golongan B40 yang sibuk bekerja dan segelintir tidak berkemampuan untuk membayar yuran penyelenggaraan.

"Saya tinggal di sini bersama adik dan sudah dua tahun kami di sini, kemudahan di sini rata-ratanya sudah lama namun penduduk masih menggunakannya kerana tiada pilihan lain.

"Kami gembira apabila kerajaan negeri dan pusat mengambil berat masalah flat ini dan difahamkan kerja pembersihan akan dijalankan selama beberapa hari," katanya.

Sementara itu, M Mages, 40, berkata flat berkenaan menyimpan pelbagai kenangan bagi penduduk asal.

Menurutnya, dia bersyukur melihat pelbagai kerja pembersihan dijalankan dan yakin ia mampu memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk untuk bersama-sama mengekalkan kebersihan flat.

"Memang benar titah Tunku, keadaan flat ini semakin uzur dan kami yang tidak berkemampuan terus menghuni di sini.

"Saya yakin sekiranya ia dibaik pulih, penduduk lebih selesa tinggal di sini," katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan lebih 50 peratus daripada kesemua flat kos rendah berusia kira-kira 30 hingga 40 tahun di negeri ini berada dalam kategori uzur dengan pelbagai masalah penyelenggaraan seperti yang dizahirkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyatakan sudah tiba masanya kerajaan pusat menyediakan peruntukan khas untuk menyelenggara flat awam yang bermasalah.

Beliau menyatakan selain isu kebersihan, antara masalah lain dihadapi termasuk kebocoran bumbung, sistem pendawaian dan perpaipan.


KERJA pembersihan flat Taman Ungku Tun Aminah giat dijalankan. FOTO Mary Victoria Dass

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erima-kasih-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 1.429911 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list