View: 227|Reply: 0
|
[Johor]
Anak kecewa ibu dikasari jururawat
[Copy link]
|
|
IBU Gobinathan ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital awam. FOTO ihsan keluarga
Kulai: Seorang anak meluahkan kekecewaannya terhadap sikap jururawat sebuah hospital awam di sini yang didakwa memberi layanan buruk ke atas ibunya termasuk memukul kaki dan menanggalkan pakaiannya ketika sedang tidur.
B Gobinathan, 43, berkata ibunya, S Vangamah, 60-an memberuitahu pada jam 6 pagi 13 Mei lalu, dia dikejutkan seseorang jururawat yang memintanya mandi.
Menurutnya, ibunya menolak arahan jururawat kerana tidak berdaya dan mendakwa jururawat itu memukul kakinya dengan kuat sehingga terkejut dari tidur dan berasa sakit.
"Saya juga terkilan kerana ibu menyatakan ketika tidur, pakaian ditanggal tanpa pengetahuannya dan hanya memakai lampin pakai buang," katanya sambil menambah ibunya menjalani rawatan di hospital berkenaan mulai 7 hingga 13 Mei lalu kerana kencing manis dan paru-paru berair.
Susulan itu, Gobinathan berkata, dia menghubungi hospital untuk mengadu tetapi kakitangan hospital mendakwa ibunya bersalah.
"Saya ke hospital untuk membuat aduan dan ketika membuat rakaman suara dan gambar ibu bagi tujuan mengadu kejadian menimpanya, seorang jururawat tiba-tiba meninggikan suara.
"Berikutan khuatir ibu saya semakin tertekan sekiranya berada di situ, saya meminta supaya dia dibenarkan pulang. Saya juga membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA).
"Pada Jumaat lalu, saya dan ibu diminta untuk hadir ke sesi perbincangan bersama pengurusan hospital dan mereka menyesali kejadian menimpa ibu dan memohon maaf," katanya ketika ditemui.
Gobinathan berkata, dia mahu pihak hospital mengambil tindakan sewajarnya ke atas jururawat terbabit supaya kejadian menimpa ibunya tidak berulang.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata beliau mahu pengurusan hospital menyiasat perkara itu.
"Saya akan meminta hospital untuk membuat siasatan terdahulu, kami perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku pada masa itu," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dikasari-jururawat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|