CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Selangor] Polis kesan penunggang motosikal rempuh kereta warga emas

[Copy link]
Post time 23-5-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN membabitkan penunggang motosikal yang merempuh sebuah kereta dipandu warga emas di persimpangan di Batu 6, di Jalan Gombak Lama, dekat Gombak, kelmarin. FOTO Ihsan Pembaca

Gombak: Polis mengesan penunggang motosikal yang merempuh sebuah kereta dipandu warga emas di sebuah persimpangan di Batu 6, di Jalan Gombak Lama, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian 2 petang itu berlaku semasa kereta dipandu lelaki berusia 87 tahun berkenaan keluar dari simpang menghala ke Gombak, dari Kampung Kerdas.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan hendak keluar dari simpang sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah motosikal yang datang dari arah kanan.

"Kereta berkenaan kemudian terbabas ke kiri jalan akibat rempuhan itu, manakala penunggang motosikal terbabit tercampak ke atas jalan raya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian itu tular selepas klip video berdurasi 50 saat dimuat naik di Facebook, semalam, yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis terletak di tepi jalan.

Video itu memaparkan kereta berwarna biru dipandu warga emas terbabit keluar dari simpang sebelum dirempuh sebuah motosikal menyebabkan penunggangnya terpelanting ke hadapan.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal berkenaan masih gagal dikesan.

"Kes itu disiasat mengikut Peraturan 3(2)(B) LN166/5943(1) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan diminta tampil ke balai berdekatan.

"Saksi kejadian juga boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Azamil di 0196004104 atau 0361262222 untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-kereta-warga-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 1.659157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list