CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 602 individu didakwa ditipu Emraz, tampil menuntut wang

[Copy link]
Post time 23-5-2023 02:35 PM | Show all posts |Read mode

SYARIKAT pelancongan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) di Putrajaya. FOTO Aizuddin Saad

Putrajaya: Seramai 602 individu didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat agensi pelancongan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) tampil menuntut wang mereka selepas ejen pengendali ibadah umrah itu gagal melaksanakan tanggungjawab meskipun mereka sudah membuat pembayaran penuh.

Ketua Jawatankuasa Bertindak Mangsa Umrah Emraz, Rusman Abu Samah berkata, pihaknya mengumpul invois, resit serta bukit pembayaran bank oleh jemaah yang terkesan.

"Berdasarkan data diperolehi daripada beberapa ahli jemaah sehingga hari ini, terdapat sekurang-kurangnya 157 ketua keluarga (invois) dengan jumlah jemaah terkesan kira-kira 602 orang membabitkan tuntutan melebihi RM6.2 juta.

"Ia merangkumi tarikh perjalanan umrah pada Disember 2020 sehingga 19 Mei lalu. Kami tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar mangsa serta kerugian mungkin lebih daripada itu," katanya ketika ditemui di pejabat syarikat agensi pelancongan itu, di sini, hari ini.

Sebelum ini kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz menuntut wang yang keseluruhannya dianggarkan RM1.8 juta serta pasport dikembalikan selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.

Susulan itu juga Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Bhd sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

Rusman berkata, berdasarkan rekod, ada dalam kalangan jemaah yang sudah menghantar notis pembatalan umrah dijadualkan pada Ogos ini hingga Januari 2024 serta menuntut segala pembayaran sudah dibuat dengan jumlah tuntutan melebihi RM331,000.


RUSMAN Abu Samah. FOTO Aizuddin Saad

"Mengikut rekod kami, bagi tuntutan bermula Februari 2020 (tertunda kerana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Disember 2022 adalah kira-kira RM280,000 membabitkan 40 jemaah.

"Bagi tuntutan bermula 21 Februari 2023 hingga 15 Mac lalu (sebelum Ramadan) ialah melebihi RM1.6 juta membabitkan kira-kira 198 jemaah," katanya.

Rusman berkata, jumlah tuntutan tinggi direkodkan adalah perjalanan umrah ketika Ramadan tahun ini apabila syarikat itu membatalkan atau penjadualan semula bagi Pakej Umrah Ramadan.

"Ia dibuat melalui memo bertarikh 29 Mac dan 4 April lalu dengan tuntutan hampir RM3.5 juta membabitkan 264 jemaah.

"Berdasarkan rekod kami juga, terdapat kira-kira 12 individu sudah mendapat cek bertarikh hadapan tetapi ia dipulangkan semula oleh pihak bank kerana syarikat itu mengarahkan untuk memberhentikan cek berkenaan," katanya.

Menurutnya, tidak dinafikan ada beberapa individu ditawarkan untuk diterbangkan dan sudah berangkat menunaikan umrah, namun jumlah itu jauh lebih kecil daripada jumlah yang terkesan.

"Meskipun ada beberapa individu yang sudah mendapat pulangan semula wang, namun jumlah itu jauh amat kecil dibandingkan dengan tuntutan keseluruhan iaitu dianggarkan hanya sekitar RM100,000.

"Justeru, kami mendesak syarikat itu membayar keseluruhan jumlah bayaran kami dalam tempoh 14 hari sejajar dengan Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992.

"Untuk makluman, semua jemaah sudah membayar penuh bayaran dikemukakan dalam tempoh dua bulan sebelum tarikh penerbangan seperti dikehendaki syarikat itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ampil-menuntut-wang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.041506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list