View: 204|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Sorok 13 helang di ladang itik
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/27hm06raLANG2_1685145617.jpg)
SEMUA burung helang dirampas dianggarkan bernilai RM110,000.
Kuala Lumpur: Jadikan ladang ternakan itik sebagai 'markas' menyembunyikan pelbagai spesies hidupan liar dilindungi bagi tujuan pemerdagangan haram.
Itu taktik digunakan sindiket penyeludupan burung helang bagi mengaburi kegiatan daripada dikesan pihak berkuasa.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu dibongkar hasil tindakan anggota Polis Marin Wilayah Dua, Johor Bahru menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama Perhilitan.
Menurutnya, pihak berkuasa terlebih dahulu berjaya mengekori dan menahan sebuah kenderaan di Taman Daya, Johor Bahru, Isnin lalu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan di dalam kenderaan itu menemui kotak berisi dua burung helang disyaki spesies yang dilindungi.
"Pemeriksaan sama kemudian turut dilakukan di sebuah ladang ternakan itik di lokasi berhampiran sebelum pihak berkuasa menemui 13 lagi burung helang.
"Ia membabitkan penemuan burung helang dewasa selain anak burung helang disimpan di dalam bakul, sangkar dan kotak tisu," katanya.
Menurutnya, semua burung itu disyaki disimpan dan dijual secara haram tanpa lesen atau permit yang sah.
"Seorang lelaki tempatan berusia 40-an turut ditahan selepas disyaki ada kaitan dengan kegiatan menyimpan haiwan liar dilindungi itu.
"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Semua burung helang dianggarkan bernilai RM110,000 kemudian dirampas dan dibawa ke Pejabat Perhilitan Negeri Johor untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, suspek kini disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
"Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui bagaimana burung helang itu ditangkap dan lokasi ia bakal diseludup atau dijual," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... lang-di-ladang-itik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|