View: 249|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Nafi ikat, seret anjing guna kereta
[Copy link]
|
|
CHOK mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan mengikat seekor anjing pada kereta dan mengheretnya di jalan raya. FOTO Azrul Edham
Seremban: Warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan mengikat seekor anjing pada kereta dan mengheretnya di jalan raya, hujung bulan lalu.
Tertuduh, Chok Boon Kwong, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.
Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan kejamnya mengikat seekor anjing dan mengheret haiwan itu menggunakan kereta di jalan raya.
Kesalahan dilakukan 6.45 petang di jalan hadapan sebuah rumah beralamat di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, 27 Mei lalu.
Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Jika disabitkan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.
Peguam, Nashvinder Singh Gill yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan mengambil usia tertuduh yang sudah tidak bekerja selain memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula pada 11 Julai.
Media pada 30 Mei lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai mendera hingga mati anjing peliharaannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anjing-guna-kereta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|