View: 224|Reply: 0
|
[Johor]
2 lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja
[Copy link]
|
|
Muar: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di sebuah rumah dan hotel di daerah ini, hujung bulan lalu.
Kedua-dua tertuduh berusia 21 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Parit Jawa dan hotel di bandar ini, pada 30 dan 30 Mei 2023.
Mangsa dilaporkan mengenali kedua-dua tertuduh, kemudian membuat laporan di Balai Polis Muar, pada keesokannya.
Bertindak atas laporan dibuat, polis berjaya menahan kedua-dua tertuduh untuk membantu siasatan.
Tertuduh kemudian didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Mahkamah menetapkan 2 Ogos depan sebagai tarikh sebutan kes serta penyerahan laporan perubatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rsalah-rogol-remaja |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|