Yayasan Perak menyediakan bantuan pendidikan untuk anak-anak negeri Perak yang menuntut di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
2. Berapakah kadar Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak yang disediakan bagi kursus diperingkat Sijil, Matrikulasi, Diploma dan Sarjana Muda?
Bagi kursus Sijil akan diberi sumbangan sebanyak RM300, bagi kursus Diploma RM500, bagi Sarjana Muda (Bukan Profesional) akan diberi sebanyak RM1000. bagi Sarjana Muda (Profesional) akan diberi sebanyak RM1200 dan
3. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon bantuan pelajar miskin IPTA?
i. Dermasiswa pendidikan ini bertujuan mnembantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan semester pertama di tahun pertama (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Politeknik dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.
ii. Pemohon mestilah Anak Negeri Perak Darul Ridzuan yang ditakrifkan sebagai
- Pelajar atau ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, dan MESTI MENETAP DI PERAK atau:
- Keluarga bermastautin melebihi 10 tahun di negeri Perak dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung/ Penghulu/ Pegawai Daerah/ Wakil Rakyat.
iii. Isirumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM1,500.00 sebulan sahaja (gaji pokok).
iv. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
v. Sekiranya tiada slip gaji, surat PERAKUAN PEKERJAAN dan PENDAPATAN perlu diperolehi daripada Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ Wakil Rakyat di kawasan masing-masing.
vi. Sila sertakan salinan Surat Tawaran Kemasukan TERKINI, salinan K/P dan Sijil Lahir pelajar, ibu dan bapa, dan salinan Slip Gaji Bapa/ Ibu/ Penjaga yang telah disahkan benar oleh Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ Pegawai Kerajaan Kelas A/ Wakil Rakyat.
vii. Salinan Penyata Pencen Bulanan (PESARA SAHAJA).
viii. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (JIKA BERKAITAN).
ix. Semua dokumen perlu DISAHKAN oleh Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ Pegawai Kerajaan Kelas A/ Wakil Rakyat.
x. Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.
xi. Jika tiada sebarang jawapan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh penghantaran borang, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA
xii. Tarikh TUTUP Permohonan : 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN MASUK.