CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Selangor] KPM kaji punca pelajar tak ambil SPM

[Copy link]
Post time 15-6-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan kajian terperinci mengenai punca sebilangan pelajar tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, hasil kajian itu akan dikongsikan termasuk langkah intervensi untuk memastikan masalah ketidakhadiran calon SPM pada peperiksaan akan datang dapat diatasi.

"Ini masalah lama sebenarnya, cuma kali ini kita jadikan ia sebagai satu langkah untuk pastikan calon-calon ini hadir dan mengambil peperiksaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Islam dan Melayu: Karamah Insaniah Teras Pembentukan Jati Diri Umat, di sini hari ini.

Pada 11 Jun, Fadhlina dilaporkan berkata, 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan.

Berdasarkan analisis KPM, calon tidak hadir bagi SPM 2022 bertambah berbanding SPM 2021 yang merekodkan 10,681 calon daripada keseluruhan 392,837 calon berdaftar.

Mengenai isu lepasan SPM tidak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Fadhlina berkata, perkara itu sedang ditekuni pihaknya dengan beberapa kementerian berkaitan.

"Hal ini memerlukan sinergi dengan kementerian lain dan harus disambut pihak industri untuk memastikan mereka mempunyai hala tuju dalam pendidikan termasuk dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)," katanya.

Berkenaan sesetengah golongan guru yang memilih untuk bersara awal, katanya pihak KPM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk melatih lebih ramai guru bagi memastikan unjuran bilangan pendidik tercapai.

"Kita juga membuat unjuran ini bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk memastikan kekurangan guru dapat diatasi dalam tempoh yang singkat," katanya.


FADHLINA pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen Islam dan Melayu. FOTO Faiz Anuar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lajar-tak-ambil-spm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049413 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list