View: 224|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Jurutera Iran rupanya pengedar dadah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-06-15_09-43-58_1686794470.jpg)
Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan dadah Syabu dan Ganja pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Kuala Lumpur: Lelaki warga Iran yang masuk ke negara ini sebagai jurutera menjadikan kediaman mewahnya di Jalan Ampang di sini, sebagai stor penyimpanan dadah syabu dan ganja bernilai RM3.7 juta.
Lelaki berusia 48 tahun itu kerap keluar dan masuk ke negara ini bermula pada 2014, namun tidak bekerja sebagai jurutera.
Kegiatan suspek dibongkar sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam dua serbuan di Sentul dan Wangsa Maju.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam operasi bermula 6 petang hingga 11 malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai runner.
"Suspek warga tempatan itu ditahan di parkir sebuah kondominium di Taman Segambut Aman.
"Pemeriksaan dalam Toyota Estima menemui dadah jenis syabu seberat 4.2 kilogram (kg) bernilai RM139,000," katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, susulan tangkapan suspek, polis kemudian menyerbu sebuah kondominium di Jalan Ampang.
"Serbuan di kondominium terbabit berjaya menahan dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan. Pemeriksaan di kediaman terbabit menemui 103.3 kg dadah jenis syabu bernilai RM3.4 juta dan ganja seberat 34.7 kg bernilai RM107,000.
"Siasatan mendapati, suspek terbabit dengan pengedaran dadah di Iran sejak 2014 dan (sekali lagi) masuk ke Malaysia pada Mei lalu," katanya.
Menurutnya, hasil serbuan berkenaan polis merampas dadah keseluruhan seberat 143 kg bernilai RM3.7 juta.
"Polis turut menyita Perodua Alza dan wang tunai RM500 dengan jumlah sitaan, RM30,500.
"Semua suspek direman tujuh hari bermula sehingga 20 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anya-pengedar-dadah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|