CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Selangor] Tangkapan monyet liar atas aduan penduduk

[Copy link]
Post time 15-6-2023 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular penduduk tidak berpuas hati Perhilitan menangkap monyet liar di Batu Caves, kelmarin.

GOMBAK – Polis mengesahkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan di Batu Caves, di sini, dilakukan diatas aduan oleh persatuan itu sendiri yang mana monyet-monyet liar telah menganggu serta merosakkan harta benda penduduk.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya terkesan satu video tular di media sosial berhubung kejadian itu sekitar pukul 7 malam, semalam.

Katanya, video tersebut memaparkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan.

“Semakan mendapati, satu laporan polis telah diterima daripada seorang wanita warga tempatan berusia 34 tahun bekenaan kerja-kerja menangkap monyet liar yang telah merosakkan harta benda penduduk, kelmarin.

“Hasil siasatan pihak polis, kerja menangkap monyet tersebut telah dijalankan oleh Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Hulu Selangor.

“Aktiviti tersebut dilakukan atas aduan pihak persatuan penduduk itu sendiri yang mana monyet-monyet liar telah menganggu serta merosakkan harta benda penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Zainal, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh mengelirukan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di Facebook seorang lelaki berang melihat sekumpulan individu menangkap monyet di kawasan terbabit. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... tas-aduan-penduduk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.051800 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list