CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Klip video kes lelaki ditembak mati tular di media sosial

[Copy link]
Post time 15-6-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular mengenai kes tembakan yang menyebabkan seorang lelaki mati di Bandar Sunway semalam.

KUALA LUMPUR: Tiga klip rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian tembakan yang menyebabkan seorang lelaki mati di Bandar Sunway, tengah hari semalam, tular di media sosial.

Dua daripada klip video berkenaan memaparkan kelibat suspek iaitu tiga lelaki bertopeng masuk ke dalam kedai dan menembak mangsa, manakala satu lagi video memaparkan suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera dan Perodua Myvi.

Satu lagi video memaparkan keadaan mangsa yang terbaring berlumuran darah selepas ditembak dalam kedai aksesori telekomunikasi berkenaan.

Semua video berkenaan dipercayai daripada rakaman saksi yang berada di kawasan berhampiran, selain rakaman CCTV dalam premis di lokasi kejadian.



Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini sedang mengesan CCTV di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu siasatan.

"Polis kini sedang mengesan semua CCTV di kawasan sekitar bagi mengesan suspek.

"Siasatan lanjut bagi kes berkenaan masih berjalan termasuk mendapatkan maklumat daripada saksi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki tempatan berusia 32 tahun maut ditembak seorang daripada tiga suspek bersenjatakan pistol.

Mangsa yang memiliki beberapa rekod jenayah samun dan curi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

Pihak forensik yang hadir ke tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru, masing-masing satu serpihan peluru dan anak peluru, dua swab darah serta sepasang selipar.
https://www.bharian.com.my/berit ... lar-di-media-sosial
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 1.255935 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list