View: 262|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
PROLINTAS serah rakaman CCTV nahas Ducati kepada polis
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/PROLINTAS_SUKE_HIGHWAY_1686813132.jpg)
Gambar fail - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS,Datuk Mohammad Azlan Abdullah (kanan) meninjau sekitar projek lebuhraya SUKE Fasa Kedua di Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD
KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut selepas terjatuh dari jejambat semalam, selepas bertembung sebuah motosikal yang melawan arus, sudah diserahkan kepada polis.
Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata rakaman video berkenaan diserahkan bagi membantu siasatan pihak berkuasa.
"Kejadian semalam amat dikesali. Sebagaimana kita tahu, penunggang terbabit maut selepas dilanggar penunggang lain yang melawan arus.
"Kami telah menyerahkan segala bukti kejadian melalui rakaman CCTV sepanjang lebuh raya SUKE kepada polis," katanya ketika sidang media selepas majlis perasmian Lebuhraya Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa dua di Plaza Tol Alam Damai, di sini hari ini.
Mohammad Azlan berkata, PROLINTAS akan mengambil inisiatif meletakkan papan tanda amaran larangan melawan arus untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya berkenaan.
"Daripada segi aspek teknikal pembinaan lebuh raya berkenaan telah dibina mengikut spesifikasi tinggi dan disahkan semua pihak berkuasa dan jurutera perunding. Isu berkenaan adalah berkaitan kesedaran pengguna.
"Jika dilihat daripada segi reka bentuk, lebuh raya ini mempunyai tiga lorong dan lorong kecemasan yang dibina mempunyai saiz kelebaran hampir sama dengan lorong biasa dan ia amat luas.
"Daripada segi kelancaran trafik itu yang kita dapat kita pastikan, tapi apabila membabitkan kesalahan seperti melawan arus itu sesuatu yang kita perlu memberi pelajaran kepada semua pengguna apabila berada di jalan raya," katanya.
Semalam, seorang penunggang motorsikal berkuasa tinggi jenis Ducati maut akibat terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, semalam.
Dalam kejadian 1.05 tengah hari itu, mangsa dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang. Mangsa yang cedera parah mati di lokasi kejadian.
https://www.bharian.com.my/berit ... ducati-kepada-polis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|