View: 197|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Sindiket curi lori tumpas, 10 bengkel diserbu
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-06-17_22-31-35_1687012573.jpg)
ANTARA bengkel yang diserbu polis. FOTO Facebook Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membongkar kegiatan sindiket curi dan mengubah nombor casis kenderaan mensasarkan lori hasil penahanan 18 individu dalam serbuan di Selangor dan Perak, semalam.
Serbuan dilakukan di 10 bengkel kenderaan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
JSJ menerusi kenyataan di Facebook berkata, operasi bersepadu dinamakan Op Lejang Khas (Kenderaan Berat) itu dijalankan bermula 12 Jun sehingga 16 Jun lalu.
"Pasukan menggempur 10 bengkel di tiga lokasi berbeza di Selangor dan Perak yang menjalankan kegiatan mengganggu nombor enjin serta casis lori.
"Hasil serbuan, seramai 18 individu ditahan," katanya.
Menurut kenyataan itu, Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) turut merampas 21 lori dan bongkah enjin serta pelbagai peralatan mengetuk enjin casis.
Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM2.1 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -10-bengkel-diserbu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|