CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Odah, Jaafar antara nama kambing, biri-biri peliharaan Qaisara

[Copy link]
Post time 18-6-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode

QAISARA bersama kambing dan biri-biri peliharaannya. FOTO Ihsan ZAMZARINA AIDAH

Jelebu: Bedah, Noni, Odah, Borhan, Gayah, Ani, Mona, Lisa dan Jaafar adalah antara nama yang berikan kepada kambing dan biri-biri ternakan seorang remaja perempuan di sini.

"Semua haiwan ini rapat dengan saya juga sangat sayangkannya, walaupun agak penat menguruskannya," kata Qaisara Khairul Amir, 14, yang mula berminat untuk menternak kambing dan biri-biri itu sejak tiga tahun lalu.

Biarpun tanpa pengetahuan khusus dalam bidang itu namun usaha Qaisara yang bermula dengan dua biri-biri, membuahkan hasil apabila dia kini mempunyai dua kambing dan tujuh biri-biri.

Malah, minat dalam bidang ternakan turut dikongsi dua adiknya iaitu Qisya ,13, yang memelihara empat itik dan Qayra, 11, memelihara 14 ayam.

Qaisara berkata, dia seorang yang menyayangi haiwan dan hubungannya dengan haiwan peliharaan juga rapat sehingga biri-birinya mahu ditemani setiap kali melahirkan anak.

Menurutnya, pada mulanya dia hanya mahu menjadikan biri-biri dan kambing sebagai haiwan peliharaan kerana kecomelan haiwan itu sebelum dia mengambil keputusan untuk menternak biri-biri.

"Kami hanya tiga beradik dan setiap orang mempunyai haiwan peliharaan jadi masing-masing akan mengambil tanggungjawab serta tugas untuk menguruskan haiwan di kandang dan reban.

"Aktiviti ini mendidik kami sentiasa bersabar dan mendedahkan kami dengan pembahagian masa yang lebih baik serta efisyen biarpun kami belajar di rumah (homeschooling)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pada mulanya mereka hanya mempelajari cara pengurusan haiwan secara dalam talian sebelum menyertai kursus penternakan, malah kini mempunyai dia juga mempunyai kemahiran untuk menghasilkan makanan haiwan itu iaitu silaj.

"Sudah lima kali biri-biri peliharaan mahu beranak dan saya yang akan membantu proses itu, malah haiwan itu juga mahu saya berada bersama.

"Apabila sampai tempoh masa beranak, biri-biri akan bising dan apabila saya datang mereka terus diam," katanya.

Qaisara berkata, biasanya dia akan mengusap badan haiwan itu untuk menenangkannya dan seolah-olah memberinya sokongan ketika proses beranak.

"Kalau ada yang sukar melahirkan saya akan bantu menarik anaknya keluar. Pada mulanya memang rasa cemas juga tetapi saya tak geli melihat proses itu dan saya tidak malu bertanya penternak lain untuk mendapatkan ilmu ternakan.

"Saya juga sudah mula menyasarkan untuk menjual biri-biri tidak lama lagi kerana haiwan itu sudah mencapai usia matang dan bercita-cita mahu menjadi penternak yang berjaya," katanya yang tinggal di Kampung Kerangai, di sini.

Sementara itu, ibunya, Zamzarina Aidah Hamzah, 43, berkata, dia dan suami Khairul Amir Akashah, 43, sentiasa menyokong minat tiga anak selagi ia tidak menganggu pelajaran mereka.

Menurutnya, ketiga-tiga anaknya belajar di rumah dan itu memberi kelebihan kepada mereka untuk menumpukan masa menguruskan kandang dan belajar dengan membahagi waktu dalam jadual harian.

"Sebagai ibu bapa kami tidak mahu terlalu mengawal aktiviti anak selagi ia tidak memudaratkan dan kegiatan mereka di bawah pemantauan kami. Biarpun kandang kambing dan bebiri berhampiran rumah tetapi kami tetap menemani mereka ke sana.

"Terutama ketika mereka mahu menguruskan haiwan yang mahu beranak di tengah malam. Projek ini mengajar mereka mengaplikasikan kehidupan selain memahami erti sebenar kehidupan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -peliharaan-qaisara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 12:32 PM | Show all posts
kambingla haiwan yg sentiasa nak pergi sekolah
sebab sentiasa mintak beg..beg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 1.470929 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list