CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Harimau kumbang jantan masuk perangkap

[Copy link]
Post time 19-6-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Harimau kumbang jantan dewasa dianggarkan seberat 50 kg masuk ke perangkap dipasang Perhilitan di kawasan semak dekat Kampung Kendong, Kota, di sini, pada Sabtu. Foto Ihsan Pembaca

Rembau: Selepas dua bulan perangkap dipasang, seekor harimau kumbang jantan akhirnya berjaya ditangkap di kawasan semak dekat Kampung Kendong, Kota, di sini.

Perangkap dengan umpan anak kambing itu dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan susulan aduan penduduk mengenai kehadiran binatang buas itu.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Nurul Ermi Ramli berkata, haiwan dengan nama saintifik Panthera Pardus dianggarkan seberat 50 kilogram itu dipercayai memasuki perangkap, Sabtu lalu.

"Perangkap sangkar itu turut diletakkan anak kambing sebagai umpan. Akhirnya harimau kumbang jantan dewasa ini memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, terdapat kawasan hutan tidak jauh dari semak berkenaan selain kawasan penempatan dan kandang ternakan serta kebun kecil-kecilan milik penduduk berhampiran lokasi perangkap.

"Sebelum ini penduduk membuat aduan melihat kelibat harimau kumbang dan difahamkan haiwan itu juga membaham ternakan penduduk.

"Hasil siasatan di lokasi, kami syak wujud kehadiran haiwan berkenaan sebelum memasang perangkap," katanya.

Beliau berkata, haiwan itu dibawa ke Ibu Pejabat Perhilitan Negeri Sembilan sebelum diberikan rawatan lanjut oleh doktor veterinar dan akan dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan.

Katanya, harimau kumbang gemar bersendirian khususnya harimau jantan dan mempunyai kawasan pemburuan yang dikawalnya sendiri.

"Dengan tertangkapnya haiwan ini, kami percaya tiada lagi harimau kumbang di kawasan itu.

"Namun jika penduduk masih ternampak kelibat haiwan ini, kami nasihatkan supaya membuat aduan untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tan-masuk-perangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 3.508646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list