View: 231|Reply: 0
|
[Johor]
Kepuasan derma darah 141 kali
[Copy link]
|
|
Ong Wah Pu (kiri) dan Diana lim kyun yen (kanan) dari Pusat Darah Negara antara Penderma Darah Terbanyak Peringkat Kebangsaan 2023. FOTO OMAR AHMAD
Johor Bahru: "Setiap kali menderma darah, akan ada satu kepuasan dalam diri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," kata Ong Wah Pu, 52, salah seorang Penderma Darah Terbanyak Peringkat Kebangsaan 2023.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat itu dan sudah menderma darah sebanyak 141 kali berkata, ia adalah salah satu cara bersedekah.
"Saya mula menderma darah ketika berusia 18 tahun, waktu kali pertama derma darah itu memang rasa takut tetapi kepuasan menderma darah itu yang membuatkan saya terus lakukan sehingga kini.
"Selepas setiap kali derma darah, saya rasa sangat puas dan rasa bermotivasi dapat buat sesuatu yang baik.
"Menderma darah tidak sama dengan menderma wang ringgit atau tenaga, ia ibarat menjadikan penerima darah seperti mendapat peluang semula untuk meneruskan kehidupan mereka," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan dan Ulang Tahun ke-75 Bulan Sabit Merah Malaysia di sini, semalam.
Sementara itu, usahawan, Diana Lim Kyun Yen, 54, berkata, meskipun takut jarum setiap kali melakukan prosedur pendermaan darah sejak berusia 21 tahun, beliau konsisten menderma darah dan sudah melakukannya sebanyak 123 kali.
"Memang takut setiap kali jarum dicucuk, tetapi ketakutannya itu saya atasi dan sentiasa berfikir ia dapat membantu menyelamatkan nyawa orang.
"Saya bukan doktor, bukan juga jururawat tetapi saya tidak boleh melihat orang sakit. Saya mempunyai darah jenis O, selagi saya mampu saya akan lakukannya (menderma darah).
"Tabiat saya ialah suka mengajak orang menderma darah, saya akan ajak sesiapa yang saya kenal untuk bersama menderma darah termasuk ahli keluarga, pembantu rumah, rakan dan kenalan.
"Menderma darah menjadikan kita lebih sihat kerana darah kita sentiasa (menjadi) 'baharu'," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erma-darah-141-kali |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|