CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Selangor] Pekerja panik, biawak ‘terjah’ kedai kasut

[Copy link]
Post time 24-6-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar memaparkan seekor biawak menerjah masuk sebuah kedai kasut sehingga pekerja terpaksa memanjat meja.

PETALING JAYA – Panik dan kecoh, apabila seekor biawak tiba-tiba menerjah masuk ke dalam sebuah kedai kasut baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok milik LaniaOfficial, biawak itu tiba-tiba masuk ke dalam premis berkenaan dalam keadaan seperti panik dan ketakutan.

Menerusi kapsyen di akaun TikTok tersebut, pekerja di premis berkenaan menyangka, pelanggan yang membuka pintu untuk masuk ke dalam kedai.

“Ingatkan pelanggan yang tolak pintu tu, rupa-rupanya biawak,” katanya.

Mereka yang ketakutan bertindak melarikan diri untuk memanggil majikan.

Salah seorang dari pekerja di situ juga sanggup memanjat meja kaunter pembayaran disebabkan takut dengan kehadiran biawak itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian itu.

“Kuat pulak si ‘gorgon’ (biawak) ni tolak pintu, kelakar betul,” komen Kim

“Dia dah lama perhati, kita je lalai. Pandai si gorgon pun nak beli kasut,” komen Sya Ahmad.

“Kedai ni bukan ke dekat tingkat atas, pandai betul biawak ni naik tangga,” komen Razif kacak.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai sehingga mencecah tontonan sebanyak 1.2 juta, 41,100 tanda suka dan 1,617 komen. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... terjah-kedai-kasut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list