CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Denda RM100,000, tawar khidmat doktor gigi haram

[Copy link]
Post time 25-6-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode

LEE Mun Kheng dijatuhi hukuman denda RM100,000 kerana menawarkan perkhidmatan sebagai doktor gigi tanpa tauliah.

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan sebagai doktor gigi tanpa tauliah dijatuhi hukuman denda RM100,000 atau 12 bulan penjara, semalam.

Tertuduh, Lee Mun Kheng, 37 dijatuhi hukuman itu oleh hakim Norin Zainol Abidin selepas pendakwaan dilakukan di Mahkamah Sesyen 12, di sini.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Faryna Md Yaakub.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai pergigian penguatkuasa dan pegawai Cawangan kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibantu polis menyerbu sebuah premis di Medan Connaught, Cheras di sini, pada 2 Jun lalu.

Ketika serbuan, tertuduh sedang menjalankan rawatan pergigian ke atas seorang pelanggan.

Dalam kes berkaitan awal Jun lalu, seorang wanita yang mengaku sebagai pemilik premis sama gagal menunjukkan dokumen bagi mengesahkan premis itu adalah sebuah klinik pergigian swasta berdaftar dengan KKM.

Penggeledahan menemui pelbagai peralatan dan bahan pergigian di bilik rawatan dan kaunter di premis itu.

Susulan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1) Akta yang sama.

Hakim Norin Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Lee Mun Mun, 34, didapati bersalah menyediakan sebuah klinik pergigian swasta tanpa berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susulan itu dia turut dijatuhi hukuman denda RM100,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun tertuduh membayar denda yang dikenakan.

Terdahulu dalam kes berasingan pada 23 Mei lalu, seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas didapati bersalah menawarkan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

Tertuduh, Norsyakilla Abdullah, 29, dijatuhi hukuman berkenaan oleh hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim selepas dia didapati bersalah mengikut Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 kerana menjalankan amalan pergigian tanpa berdaftar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-doktor-gigi-haram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034628 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list