CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Johor] Pekebun resah gajah musnahkan tanaman sawit

[Copy link]
Post time 25-6-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Mersing: Pekebun di Kampung Lubok Sawah di sini berdepan risiko kehilangan mata pencarian apabila tanaman kelapa sawit mereka musnah akibat serangan gajah.

Seorang pekebun Abd Zaini Abd Aziz, 55, mendakwa dia berdepan dengan isu itu sejak 19 tahun lepas, dan kebelakangan ini, jumlah haiwan liar berkenaan dilihat semakin meningkat di ladangnya yang seluas lebih satu hektar itu.

"Minggu lalu, lebih 20 gajah menyerang tanaman sawit berbanding dua hingga tiga ekor sahaja sebelum ini, malah semakin berani muncul pada waktu siang termasuk di kawasan kediaman penduduk sekitar.

"Kebiasaannya, apabila ada ladang baharu dibuka, gajah akan berkeliaran ke kawasan kampung untuk mencari sumber makanan, dan sawit yang sedang membesar memang menjadi kegemaran haiwan ini," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Menurutnya, selepas tidak dapat memperoleh hasil sebagaimana yang diharapkan, dia terpaksa mencari sumber pendapatan alternatif dengan bertukang bagi menyara hidupnya sekeluarga.

Katanya, dia bersama penduduk kampung turut mengambil inisiatif membuat rondaan dan membakar mercun serta menyalakan unggun api bagi menakutkan haiwan itu, namun adakalanya usaha yang dilakukan itu hanya sia-sia.

Abd Zaini berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana pekebun bukan sahaja kerugian, malah turut berdepan risiko keselamatan selain gajah liar tidak takut dengan kehadiran manusia.

Seorang lagi pekebun, Aminah Dollah, 56, yang tinggal di kawasan dikelilingi tanaman sawit berkata kediamannya semakin kerap dikunjungi gajah tanpa mengira waktu siang atau malam, malah kira-kira 30 pokok sawitnya telah dimusnahkan, baru-baru ini.

"Ketinggian gajah ini ada yang melebihi paras bumbung rumah. Haiwan ini disyaki datang dari hutan berhampiran yang telah diteroka sehingga menyebabkan beberapa kampung termasuk Kampung Pengkalan Batu dan Kampung Baru Jemari diserang," katanya.

Pada 18 April lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar dilapor berkata kerajaan negeri sedang merancang kaedah penyelesaian secara lestari dan menyeluruh membabitkan kerjasama dengan Persekutuan bagi menangani isu konflik gajah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh itu berkata satu Jawatankuasa Tindakan Konservasi Gajah akan ditubuhkan, bagi menyelaras dan melaksanakan tindakan mitigasi pengurusan konflik haiwan liar itu pada peringkat daerah dan negeri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahkan-tanaman-sawit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 1.337235 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list