|
Lelaki yang dilaporkan mengelar leher dan menikam perutnya sendiri dipercayai mengalami masalah psikiatrik. FOTO TULAR
Johor Bahru: Lelaki dalam rakaman video yang dilihat menarik ususnya selepas mengelar leher dan menikam perutnya sendiri dipercayai mengalami masalah psikiatrik.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berada dalam keadaan tidak stabil ketika bertindak sedemikian pada jam 10.53 malam, Khamis lalu.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian dirujuk kepada pakar psikiatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Kita menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari dan waktu kejadian berkenaan.
"Kami dapati, lelaki warga tempatan itu cuba membunuh diri dengan menikam perut dan mengelar lehernya menggunakan pisau.
"Hasil siasatan polis dan pemeriksaan doktor yang merawat lelaki itu mengesyaki, kejadian berlaku kerana dia dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah psikiatrik," katanya pada kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Raub berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video kejadian berdurasi 52 saat yang tular di media sosial, jam 9.02 pagi tadi.
Beliau berkata, video itu memaparkan kejadian seorang lelaki didakwa cuba membunuh diri di hadapan sebuah restoran di Taman Suria di sini.
Berdasarkan video berkenaan, turut kelihatan lelaki itu menarik ususnya dalam keadaan dirinya yang lemah dan terbaring di tepi jalan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rupanya-tidak-sihat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|