View: 223|Reply: 0
|
[Johor]
Curi besi buruk dari tongkang, lima warga asing ditahan
[Copy link]
|
|
LIMA warga asing ditahan selepas disyaki mencuri besi buruk dari sebuah tongkang. FOTO Ihsan Polis
Kota Tinggi : Lima lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencuri besi buruk dari sebuah tongkang, pada kedudukan 4.2 batu nautika tenggara Tanjung Stofa, Pengerang di sini, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemuanya ditangkap pada 8.30 malam selepas bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) yang sedang menjalankan Op Taring Gelora mengesan dua bot kecil jenis kayu (pom-pom) berikat pada sebuah tongkang yang mempunyai muatan besi buruk.
"Beberapa suspek dilihat berada di atas timbunan besi buruk.
"Mereka didapati sedang memunggah besi buruk dari tongkang itu ke dalam bot pom-pom berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, menyedari kegiatan mereka dikesan, suspek bertindak agresif dengan merempuh bot ronda polis pada bahagian sisi hadapan, namun tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.
Katanya, suspek kemudian ditangkap dan pemeriksaan mendapati terdapat 100 tan besi buruk dalam tongkang yang dianggarkan bernilai RM180,000.
Kamarul Zaman berkata, semua besi buruk itu termasuk dua bot dan enjin digunakan suspek bernilai RM40,000 kemudian dirampas.
"Semua suspek yang berusia antara 18 hingga 38 tahun kini direman sehingga 16 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... warga-asing-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|