CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Pahang] Guru rugi RM30,000 rantai emas diragut

[Copy link]
Post time 3-7-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR suspek dipercayai terlibat kes ragut yang kelihatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasaraya di Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab di Temerloh, Pahang. - FOTO IHSAN PDRM



TEMERLOH: Seorang guru kerugian RM30,000 apabila rantai emas yang dibeli sempena perkahwinannya 25 tahun lalu diragut berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 49 tahun bersama anaknya baharu selesai membeli barangan di pasar raya di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Roslee Omar berkata, ketika sedang berjalan ke arah kereta, wanita itu dihampiri suspek yang menaiki motosikal dan meragut rantai emas dipakai mangsa.

“Mangsa dan anaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Roslee berkata, mangsa membuat laporan tentang kejadian itu pukul 1.40 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

“Kita sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan sekitar lokasi kejadian.

“Berdasarkan rakaman itu, suspek melakukan jenayah ragut berkenaan secara bersendirian dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Y16, memakai topi keledar warna kelabu bersama cermin penutup gelap.

“Nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek tidak jelas dalam rakaman itu,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... antai-emas-diragut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.069290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list