CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Kelantan] Ada menara tapi tiada capaian internet

[Copy link]
Post time 4-7-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Nasir meninjau menara pemancar telekomunikasi di Jalan Sungai Mas, Kuala Krai. - Foto BH/HAZIRA AHMAD ZAIDI

KUALA KRAI: Kira-kira 300 penduduk tiga kampung di daerah Kuala Krai menggesa pihak berkaitan mempercepat pemasangan kabel optik pada menara pemancar telekomunikasi bagi mengatasi masalah capaian internet.

Tiga kampung yang mengalami masalah itu ialah Jalan Sungai Mas, Kampung Jeram Batu dan Kampung Enggong.

Penduduk Jalan Sungai Mas, Nasir Abdullah, 55, berkata sebelum ini beliau mengemuka aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai masalah itu.

"Mereka mengambil maklum dan satu menara telekomunikasi sudah siap dibina syarikat telco pada April lalu. Namun pemasangan kabel optik pada menara berkenaan masih belum dilaksanakan.


"Keadaan itu menyebabkan urusan penduduk terutama pelajar sekolah dan universiti terganggu kerana liputan internet yang sering terputus.

"Ada juga penduduk yang sanggup memanjat bukit sejauh tiga kilometer hanya untuk mendapatkan capaian internet yang laju," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ismail Puteh, 70, berkata kebanyakan penduduk tidak berpuas hati dengan capaian internet di kawasan itu yang terlalu lemah.

"Dua anak saya mengusahakan perniagaan secara dalam talian dan masalah capaian internet yang dialami menyukarkan mereka setiap kali hendak berurusan dengan pelanggan.

"Ada ketikanya mereka terpaksa keluar ke jalan utama, dua kilometer dari rumah untuk mendapatkan capaian internet untuk membaca pesanan pelanggan," katanya.

Sementara itu, peniaga dalam talian, Suzira Ismail, 25, berkata kemudahan internet sangat penting bukan sahaja untuk kecemasan, tetapi untuk memudahkan urusan jual beli.

"Sebagai peniaga yang menjual secara dalam talian, saya sentiasa berhadapan dengan masalah setiap kali melakukan transaksi atau menjawab pesanan pelanggan.

"Saya memohon kepada pihak yang berkenaan supaya menyelesaikan masalah ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... da-capaian-internet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.720258 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list