CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Johor] Petani rugi jutaan ringgit tanaman terendam air masin

[Copy link]
Post time 5-7-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG petani dari Kampung Kelicap dan Sungai Suluh melihat pokok kelapa sawit yang mati akibat terendam air masin hampir sepanjang tahun sejak 2018 di Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Kira-kira 80 orang petani di Kampung Kelicap dan Sungai Suluh di Tanjung Laboh di sini terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit selepas tanaman diusahakan ditenggelam air masin hampir sepanjang tahun.

Kejadian yang bermula sejak 2018 itu berpunca daripada benteng penahan air laut pecah selain tidak diselenggara dengan sempurna menyebabkan air masin masuk setiap kali air pasang.

Pesara kerajaan, Mazlan Ithnin, 58, berkata, tanaman yang diusahakan penduduk adalah kelapa mataq, tacunan dan pandan selain beberapa orang lagi mengusahakan tanaman kelapa sawit.

Katanya, perusahaan yang sudah dilakukan sejak 1976 sebelum mendapat geran hak milik tanah pada tahun 1980 ini pada mulanya boleh menghasilkan pendapatan RM150,000 setahun untuk setiap petani.

“Daripada sepanjang tiga kilometer benteng yang dibina untuk menahan air laut memasuki kebun ini, hanya kira-kira 300 meter sahaja menggunakan batu, namun selebihnya hanya menggunakan tanah sahaja.

“Akibat daripada itu, beberapa kawasan berlaku runtuhan pada benteng dan punca air laut ma­suk ke dalam kebun sebelum bertakung sepanjang hari,” katanya kepada pemberita di sini.


BENTENG menggunakan kayu bakau dan geotextile akan dibina bagi memastikan benteng penahan air masin lebih kukuh dan tidak runtuh.

Kata Mazlan lagi, air laut yang memasuki kebun pula lambat untuk keluar akibat pintu air hanya satu, manakala terpaksa me­nunggu air Sungai Suluh ke­ring baharu air dari dalam kebun boleh mengalir keluar.

Tambahnya, akibat daripada keadaan itu, tanaman yang diusahakan mati selain tidak boleh mengeluarkan hasil menyebabkan semua petani kehilangan hasil pendapatan.

Sementara itu, penduduk Kampung Kelicap, Nordin Daiman, 68, berkata, tanaman yang diusahakan penduduk seluas kira-kira 100 hektar dan turut ditanam tanaman kontan seperti pisang, betik dan jambu.

Dalam pada itu, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Batu Pahat, Anas Mohamed berkata, benteng sepanjang kira-kira empat kilometer itu sebenarnya dibina di atas tanah milik persendirian iaitu petani itu sendiri bukan di atas tanah rezab kerajaan.

Katanya, jadi sukar pihaknya untuk membina benteng kukuh dan ada hanya sementara. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... terendam-air-masin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.492052 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list