|
SHARGAWI didakwa atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan melibas dan mengacukan pisau terhadap bapanya. FOTO Hidayatidayu Razali
Kota Bharu: Penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan melibas dan mengacukan pisau terhadap bapanya, Ahad lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Shargawi Ismail, 39, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Tuan Ruzaini Tuan Lah.
Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan bapanya yang berusia 71 tahun dengan melibas dan mengacukan sebilah pisau di sebuah rumah di Kampung Pasir Hor, di sini, 8.30 malam, pada 2 Julai lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nasrun Nazmi Nik Mohamad.
Terdahulu, Nursyafiqah mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM8,000 dengan syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi yang terbabit.
Sementara itu, Nik Nasrun Nazmi memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada tertuduh.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-bapa-dengan-pisau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|