CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Selangor] Takut kena marah punca adik 'lari'

[Copy link]
Post time 6-7-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Subang Jaya: Takut dimarahi ibu bapa selepas berselisih faham dengan rakan menjadi punca seorang kanak-kanak lelaki 'hilang' sebelum ditemukan selamat oleh polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu tidak pulang ke rumah selepas selesai sesi petang Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sebuah sekolah di Shah Alam.

Beliau berkata, pihak sekolah, pemandu van dan keluarga yang menyedari kehilangan kanak-kanak itu pada 6 petang cuba mencarinya, namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Sri Muda Shah Alam, pada 8.28 malam.

"Pada 8.50 malam, pasukan peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menemui kanak-kanak berpakaian sukan tersesat di Stesen LRT SS15.

"Semakan oleh anggota di Balai Polis Subang Jaya dengan Balai Polis Sri Muda mendapati ibu bapa kanak-kanak itu baru selesai membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak kanak itu tidak pulang ke rumah berpunca kerana takut dimarahi ibu bapa selepas berlaku perselisihan dengan rakan di sekolah.

Katanya, kanak-kanak itu sudah diserahkan semula kepada ibu bapa dalam keadaan baik pada jam 9.45 malam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kanak-kanak lelaki ditemukan oleh unit peronda polis (MPV) Subang Jaya malam tadi.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di tangga belakang sekolah pada 5.30 petang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rah-punca-adik-lari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.623228 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list