CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Selangor] Mesin oksigen ibarat talian hayat

[Copy link]
Post time 8-7-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Razali yang bergantung dengan tong oksigen kerana masalah pernafasan dibantu isterinya, Siti Aishah, 51, di kediaman mereka Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Shah Alam: Kudrat Razali Sahran tidak seperti sebelum ini apabila terpaksa bergantung dengan mesin oksigen kerana menghidap penyakit asma kronik, namun lelaki itu tetap setia menghantar isteri ke pejabat setiap hari sejak 15 tahun lalu.

Razali, 56, menghantar Siti Aishah Halim, 51, yang bekerja sebagai kerani biarpun terpaksa memandu kereta bersama bantuan mesin oksigen ke pejabatnya yang mengambil masa 20 minit dari rumah mereka di Kampung Jalan Kebun, di sini.

Mesin itu boleh dianggap 'talian hayat' buat pemandu teksi itu sejak Oktober tahun lalu apabila penyakit asmanya semakin kronik apabila paru-parunya dijangkiti kuman dan paras oksigen badan juga pernah menurun sehingga 65 peratus.

Razali berkata, penyakit berkenaan dihidapi sejak kecil, namun semakin serius pada 2019 sebelum dua tahun selepas itu dia terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi kerana faktor kesihatan dan pandemik Covid-19.

Menurutnya, keadaannya semakin serius apabila terpaksa menggunakan bantuan mesin oksigen 24 jam dan bergantung dengan pendapatan isteri untuk kelangsungan hidup mereka.

"Sepanjang 15 tahun isteri berkerja saya yang menghantar dia dan apabila sudah tidak berdaya bekerja saya tetap mahu meneruskan tanggungjawab itu kerana itu saja yang boleh dilakukan untuknya buat masa ini.

"Bukan saja isteri menanggung keluarga kami dia juga yang menguruskan kerja rumah, saya dan anak sulung kami, Nur Aina Syafiqah, 26, yang juga orang kurang upaya (OKU) Cerebral Palsy, malah turut membawanya ke pejabat.

"Saya bersyukur tiada kejadian tidak baik berlaku sepanjang dia memandu dengan pernafasan yang dibantu mesin oksigen untuk menghantar dan mengambil isteri berkerja, malah mengakui dia sentiasa berhati-hati," katanya yang mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 23 tahun.

Katanya, sebelum ini dia ada berniaga dalam talian namun terpaksa dihentikan seketika atas beberapa faktor dan dia bersedia melakukan kerja rumah biarpun tidak banyak untuk meringankan beban isterinya ketika pulang ke rumah.

"Saya cepat penat, malah makan juga terasa penat tetapi saya kuatkan semangat untuk buat kerja rumah yang ringkas seperti menyapu atau meletakkan baju dalam mesin basuh supaya dapat meringankan beban isteri yang penat bekerja.

"Saya buat kerja perlahan-lahan dan apabila penat akan berehat, tetapi saya akan pastikan singki akan bersih sebelum isteri pulang. Pengorbanan isteri yang tidak berkira tenaga dan wang ringgit membuatkan saya terharu," katanya.

Katanya, dia suka berkongsi video dan membuat penstriman langsung di TikTok hanya suka-suka berkongsi aktivitinya serta pada masa sama turut berkongsi maklumat mengenai penyakitnya bersama orang ramai.

"Saya tidak meminta-minta sumbangan tetapi kalau ada nak bagi 'gift' (hadiah) ketika penstriman langsung itu rezeki tetapi apa yang saya buat hanya untuk berkongsi cerita bukan menagih simpati," katanya yang menerima satu mesin oksigen yang disumbangkan seorang kenalannya.

Sementara itu, Siti Aishah berkata, dia pernah menyuarakan hasrat memandu sendiri ke tempat kerja, namun suami tetap mahu meneruskan tanggungjawab itu bagi memudahkannya.

"Risau juga dia memandu seorang diri tetapi saya faham dia mahu melaksanakan tanggungjawabnya dan saya akur dan terharu cuma sentiasa berdoa perjalanannya baik-baik saja.

"Lagipun kami sudah bersama 28 tahun melalui suka duka bersama dan keadaan suami tidak membebankan saya kerana memahami faktor kesihatannya. Kalau dia kerja saya pula yang risau nanti sebab dia cepat penat," katanya bekerja Isnin hingga Jumaat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ibarat-talian-hayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list