CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Esok nak balik asrama, ibu tak tahu saya keluar'

[Copy link]
Post time 9-7-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Keseronokan seorang remaja lelaki melakukan aksi 'Superman' ketika berkonvoi di ibu negara mengundang padah apabila ditahan polis dalam Operasi Samseng Jalanan, awal pagi hari ini.

Remaja lelaki berusia 17 tahun dan masih bersekolah antara lapan penunggang yang ditahan kerana melakukan aksi berbahaya dalam operasi pada 3 pagi.

Remaja itu mendakwa dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sentul di sini selepas keluar makan di Kampung Baru bersama kira-kira 10 rakannya.

"Saya keluar rumah di Sentul pada 1 pagi untuk jalan-jalan dan keluar makan sebelum terus pulang.

"Semasa pulang itu, kami ramai-ramai (bersama rakan) cuba buat 'fly' (superman). Cuma suka-suka sahaja," katanya ketika ditemui selepas ditahan dalam operasi berkenaan di sekitar ibu negara.

Menurut remaja itu, dia menyesal dengan perbuatannya dan akui bimbang akan dimarahi ibu.

"Saya nak balik asrama ke esok. Ibu tak tahu saya keluar, hanya beritahu abang sahaja tadi," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi samseng jalanan membabitkan pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur dilaksanakan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

"Lapan penunggang berusia 17 hingga 21 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya yang dijalankan JSPT Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 11 malam tadi menyita 10 motosikal dan sebuah kereta.

"Polis turut mengeluarkan 153 saman atas pelbagai kesalahan, manakala JAS (lima notis) dan JPJ (104 notis)," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-tahu-saya-keluar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.147542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list