CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Saya ingat wajah dan gaya mak, walau sudah 17 tahun terpisah'

[Copy link]
Post time 9-7-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Nor Faizun berhubung semula dengan ibu kandung selepas 17 tahun terpisah. FOTO Ihsan Mohd Nor Faizun

Kuala Lumpur: "Saya bersyukur penantian 17 tahun berakhir dengan indah apabila kami dapat berhubung dengan mak, malah yakin dia adalah mak kandung saya walaupun hanya melihatnya melalui panggilan video," kata Mohd Nor Faizun Mohd Fazli.

Kisah Mohd Nor Faizun, 29, bertemu ibunya, Rosita Rozali, 46, melalui panggilan video mendapat perhatian di TikTok apabila isterinya berkongsi video itu di akaun sosial berkenaan, semalam.

Berkongsi kisah itu, Mohd Nor Faizun berkata, seorang wanita menghubunginya melalui Facebook (FB) dan mendakwa sebagai ibunya pada 7 Julai lalu, sebelum mereka berhubung menerusi telefon.

Dia yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan berkata, hatinya yakin wanita berkenaan adalah ibu kandungnya kerana wanita itu mampu mengingati nama semua ahli keluarganya selain gaya diri juga sama seperti ibunya.

"Walaupun sudah lama terpisah saya masih ingat wajah dan gaya mak. Apabila kami bersua melalui panggilan video saya tahu itu adalah ibu kandung saya, wajahnya masih sama.

"Perasaan itu sukar digambarkan hanya Allah SWT saja yang tahu berapa gembira, sedih dan bersyukur...saya dan adik dapat melihat mak walaupun hanya melalui panggilan telefon.

"Lebih menggembirakan saya apabila nenek dapat melihat mak kerana dia sudah berusia dan kerinduan kami bertiga pada mak sudah terubat, hati sudah lapang dapat mendengar suara dan melihat wajah mak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ibunya kini dipercayai berada di negara jiran dan mereka berharap dapat bertemu ibunya tidak lama lagi untuk meleraikan kerinduan dengan bertemu secara fizikal.

"Kami berharap hubungan ini tidak terputus lagi dan mahu sentiasa berhubung dengan mak. Insya-Allah ada rezeki kami mahu bertemu mak pula," katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Nor Faizun berkata, dia dan adik perempuan tinggal bersama ibu dan nenek di kampung sementara bapa berkerja di luar kawasan, namun selepas ibu bapanya berpisah, ibunya menghilangkan diri tanpa khabar.

"Sejak mak menghilangkan diri kami sekeluarga melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki mak sehingga kisahnya juga pernah dilaporkan akhbar tempatan dan mengesan melalui usaha alternatif, namun masih gagal ditemui.

"Kami juga mencari mak di FB sejak 2016, malah pernah mendapatkan maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun alamat diberikan adalah alamat kampung kami, namun Jumaat lalu semuanya sudah berakhir apabila mak menghubungi saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-17-tahun-terpisah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.413309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list