CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Kelantan] Panik sangat sampai masuk tali air

[Copy link]
Post time 12-7-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Mitsubishi Pajero yang tergelincir di tali air Kampung Pak Keral ketika melarikan diri dari pihak berkuasa. FOTO IHSAN KPDN

Tumpat: Terkejut melihat sekumpulan pegawai penguat kuasa memasuki stesen minyak di sini, kelmarin, pemandu sebuah pacuan empat roda terus memecut kenderaannya bagi melarikan diri.

Lelaki dipercayai penyeludup itu memecut Mitsubishi Pajero itu kira-kira 10 kilometer (km) bermula dari Palekbang sehingga ke Kampung Pak Keral di sini, sebelum kenderaan itu terbabas dan tergelincir ke dalam tali air.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kelantan, Azman Ismail berkata, pada kejadian 9.30 pagi itu, lelaki terbabit dikesan mengisi diesel di stesen minyak di Palekbang di sini.

"Terdahulu, pihak kami menerima maklumat risikan mengenai kehadiran kenderaan itu yang dipercayai terbabit aktiviti penyelewengan diesel.

"Sebaik menyedari kehadiran pihak kami, pemandu kenderaan itu terus memecut laju dan pasukan kami mengekori kenderaan itu sehingga ke jalan tali air di Kampung Pak Keral.

"Semasa kenderaan itu cuba melalui satu selekoh, tiba-tiba ia terbabas dan tergelincir ke dalam tali air, manakala pemandunya keluar serta melarikan diri ke arah semak berhampiran," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azman berkata, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai tangki tambahan di bahagian bawah kenderaan itu dan pihaknya merampas 50 liter diesel, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM10,107.

Dalam rampasan kedua pada hari sama, sebanyak 100 liter petrol dianggarkan bernilai RM205 ditemukan dalam tangki tambahan sebuah Perodua Kenari di Kampung Jejulok di sini,

Azman berkata, kenderaan itu ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan dipercayai selepas pemandunya menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Kita percaya diesel dan petrol itu akan dibawa ke mana-mana pangkalan haram di Pengkalan Kubor untuk diseludup ke Thailand, dan kedua-dua kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpai-masuk-tali-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 1.461416 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list