CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Terengganu] Madu kelulut 'terbang' ke Dubai

[Copy link]
Post time 12-7-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Sufian menunjukkan produk madu kelulut ketika ditemui di Galeri Madu Kelulut Bukit, Kuala Terengganu. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Bermula dengan hanya satu sarang, kini Mohd Sufian Mat Noor, 47, mampu mengeksport madu kelulut ke Dubai serta Singapura.

"Kini, saya memiliki 180 sarang yang ditempatkan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Terengganu," katanya ditemui di Galeri Madu Kelulut Bukit di PPK Bukit Bayas di sini, semalam.

Kata beliau, ada tiga spesis di galeri berkenaan iaitu Heterotrigona Itama (Itama), Lepidotrigona Terminata dan Geniotrigona Thoracica (Torasika).

Mengimbau pembabitan awalnya, Mohd Sufian berkata, pada mulanya, dia hanya menjadikan madu kelulut sebagai hobi mengisi masa lapang pada 2015.

"Saya membeli satu sarang daripada kenalan dan meletakkannya di garaj kereta rumah di Kampung Bukit Besar.



Antara sarang madu kelulut milik Mohd Sufian. FOTO BERNAMA

"Pada bulan pertama, hasil diperoleh 500 gram. Saya kemudiannya membeli 20 sarang tambahan dan memperoleh antara lima hingga 10 kilogram (kg) madu, juga dalam tempoh sebulan," katanya.

Sejak itu, dia menjadikan bidang berkenaan sebagai penjana pendapatan.

Mohd Sufian berkata, dia juga pernah diuji apabila 30 daripada 100 sarang musnah akibat serangan lalat tentera hitam pada 2016 menyebabkannya kerugian kira-kira RM30,000.

"Selepas itu, saya mendaftarkan diri dengan PPK dan kini menjadi usahawan di bawah seliaan mereka," katanya.

Menurut Mohd Sufian, setakat ini, dia mampu memperoleh sehingga 300kg madu kelulut sebulan, termasuk yang dibeli daripada komuniti.


LEBAH kelulut yang dibela Mohd Sufian di Galeri Madu Kelulut Bukit, Kuala Terengganu. FOTO BERNAMA

"Di bawah saya ada 500 komuniti yang mana mereka ini membeli sarang daripada saya sebelum saya membeli semula madu dihasilkan daripada mereka.

"Fokus utama saya sekarang adalah mahu menjadikan galeri madu kelulut ini sebagai agro pelancongan utama di negeri ini selain membantu golongan B40 menceburi bidang ini dengan memberi latihan dan bimbingan kepada mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ut-terbang-ke-dubai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.318371 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list