CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Kelantan] PRN: Polis pantau pemilik 2 kerakyatan turun mengundi

[Copy link]
Post time 12-7-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan ada individu dari Thailand yang memiliki dua kewarganegaraan akan memasuki negara untuk turut mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan tiada pengundi sedemikian agar segala urusan PRN akan berjalan lancar.

Katanya, malah isu ini dinyatakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mana, jika ada individu yang memiliki dua kerakyatan, salah satu daripadanya akan dilucutkan.

"Kami akan memastikan kelancaran sepanjang PRN termasuk soal pengundi yang mana perlulah benar-benar layak mengikut peraturan serta undang-undang negara.

"Isu sebegini sudah pasti turut membabitkan agensi lain seperti JPN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sebagainya yang saya yakin akan sama-sama memastikan masalah pengundi dua kerakyatan ini tidak berlaku.

"Sebenarnya, kita juga sudah dapat mengagak isu sebegini akan timbul menjelang PRN, justeru kami sudah bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Zaki berkata, kawalan di sempadan juga akan terus diperketatkan sepanjang tempoh PRN agar tiada masalah membabitkan kawasan sempadan berlaku.

"Oleh itu, tidak akan timbul isu sempadan diperketat atau tidak kerana ia sentiasa dijaga tidak kira dalam keadaan apa sekali pun, termasuk ketika tempoh berkempen untuk pilihan raya.

"Jika ada situasi yang menimbulkan persepsi tidak baik dalam tempoh PRN, sudah tentu polis akan menghalangnya. Kita juga akan pastikan mereka yang datang mengundi adalah yang benar-benar layak dan mendaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tindakan tegas akan dikenakan tanpa sebarang kompromi jika ada berlaku kesalahan di sempadan kerana tugas kami adalah memastikan PRN kali ini berjalan lancar," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atan-turun-mengundi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.208072 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list