CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

[Kelantan] Bapa hilang punca pendapatan, dorong Shahirah cemerlang STPM

[Copy link]
Post time 13-7-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode

SITI Nur Ash Shahirah bersama bapa, Faizan dan ibu, Nor Asiah selepas menerima keputusan di dewan terbuka SMK Tengku Panglima Raja. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Pasir Mas: "Walaupun saya tidak mampu untuk membayar kelas tuisyen di luar sekolah, Alhamdulillah saya tetap memperoleh keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," kata Siti Nur Ash Shahirah Faizan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini, meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 yang diumumkan hari ini.

Siti Nur Ash, 20, yang juga anak ketiga daripada lapan beradik mengakui dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sekali gus mendorongnya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading seterusnya mengejar impian sebagai guru.

Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada guru SMK Tengku Panglima Raja di sini, yang sering mengadakan kelas tambahan yang sememangnya dinantikan oleh pelajar kurang berkemampuan sepertinya.

Katanya, dia tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan menjadi antara pelajar cemerlang, begitu juga dengan bapanya, Faizan Abdullah, 51, dan ibu, Nor Asiah Nohd Nawi, 46, yang memeluk saya erat sebaik menerima keputusan itu.

"Selain memberi fokus ketika di dalam kelas, saya juga sentiasa menunaikan solat hajat selain mengamalkan beberapa surah seperti Yasin, al-Waqiah dan al-Mulk bagi memudahkan saya menerima ilmu.

"Besar harapan saya agar keputusan ini dapat menjadi batu loncatan untuk terus berjaya seterusnya merealisasikan cita-cita menjadi pendidik kelak," katanya.

Siti Nur Ash berkata, bapanya baru sahaja kehilangan pekerjaan sebagai pemandu bas, manakala ibunya hanyalah suri rumah sepenuh masa menyebabkan mereka hidup dalam serba kekurangan.

"Kehidupan kami sekeluarga mungkin tidak sesenang orang lain, tetapi ia tidak melunturkan semangat saya, sebaliknya menjadi pendorong untuk lebih berusaha.

"Semoga kejayaan saya hari ini juga menjadi pendorong kepada lima lagi adik yang masih bersekolah untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Ibu dan ayah sentiasa mengingatkan kami adik beradik bahawa hanya dengan ilmu boleh mengubah kehidupan yang lebih baik," katanya.

Menurutnya, dia berharap agar impiannya meneruskan pengajian dalam jurusan pendidikan di mana-mana universiti akan tercapai sekali gus menutup kekecewaannya yang gagal ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... irah-cemerlang-stpm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049635 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list