CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Kelantan] Pelajar kudung raih CGPA 3.42 STPM

[Copy link]
Post time 13-7-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Pelajar, Nurulain Natasya Marzuki, 20, sebagai orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan fizikal menunjukkan keputusan selepas Pengumuman Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan fizikal tidak sedikit pun menghalang Nurulain Natasya Marzuki, 20, mencipta kecemerlangan dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa itu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.42.

Nurulain Natasya yang kudung tangan kanan sehingga paras siku sejak lahir membuktikan kekurangan diri bukan penghalang untuk berada sebaris dengan rakan-rakan normal yang lain sebagai pelajar cemerlang.

"Saya sentiasa berfikiran positif dan belajar bersungguh-sungguh demi memastikan setiap ilmu diterima dapat digunakan sebaiknya dan pada masa sama rakan-rakan juga tidak 'kedekut' berkongsi ilmu.

"Alhamdulillah, guru dan rakan-rakan banyak membantu. Saya tidak pernah disisih, malah dilayan dengan baik seperti pelajar lain. Selain itu, saya akan memastikan diri tidak tertekan dan belajar dengan tenang sekadar termampu," katanya ketika ditemui selepas Pengumuman Keputusan STPM di SMK Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Katanya, di sebalik kejayaan hari ini adalah sokongan dan kata-kata semangat daripada ibu, Rorida Deraman, 49, dan bapa, Marzuki Salleh, 54 yang mahu melihatnya berjaya sehingga ke menara gading serta mencapai cita-cita yang diimpikan.

"Ibu dan ayah hanya berniaga nasi berlauk untuk membesarkan kami adik beradik dan kejayaan saya pada hari ini ditujukan kepada mereka," katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, dia tidak mempunyai rahsia kejayaan, sebaliknya setiap pagi dia akan menunaikan solat Tahajud, Dhuha dan Hajat.

"Bagi mengulang kaji pelajaran pula, saya akan menelaah bermula jam 8 malam sehingga jam 1 pagi memandangkan saya perlu menjalani latihan di Kompleks Sukan Panji, pada waktu petang," katanya.

Katanya, pada November tahun lalu, dia mewakili Kelantan dalam sukan olahraga di Temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) dan memperoleh emas dalam larian 200 meter.

"Saya juga ingin meneruskan kejayaan dalam bidang sukan yang diceburi ini dan mempunyai sasaran untuk ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Nurulain Natasya berkata, dia bercita-cita untuk bergelar pendidik dan berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sementara itu, Pengetua SMK Pengkalan Chepa, Raja Anoro Raja Kob, berkata sembilan pelajar daripada sekolah berkenaan berjaya meraih keputusan PNGK 4.0 dan menerima hadiah RM500 seorang.
https://www.bharian.com.my/berit ... -raih-cgpa-342-stpm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047162 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list