CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Kelantan] Tuan Mohd Sukri, 2 penduduk Hero Bomba

[Copy link]
Post time 17-7-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Jainal @ Zainal Madasain (tengah) beramah mesra dengan Hero Bomba selepas menyampaikan sijil penghargaan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Tanda Pangkat di Dewan JBPM Kelantan, Tunjong. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Keberaniannya memanjat pokok keruing setinggi 60 meter untuk membawa turun warga emas yang meninggal dunia di atas pokok berkenaan melayakkan pegawai bomba ini diiktiraf sebagai hero dan menerima Sijil Penghargaan Hero Bomba.

Pegawai Bomba Kanan 1 Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan, 42, berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh berkata, tugas menurunkan warga emas itu pada 3 Julai lalu adalah kerja menyelamat pertama selepas ditukarkan ke BBP Pasir Puteh dari BBP Bachok.

Akuinya, sebagai pasukan penyelamat, dia sentiasa bersiap sedia menunaikan tanggungjawab meskipun situasi yang merisikokan diri sendiri.

"Antara cabaran yang dihadapi ketika proses membawa turun mayat mangsa ialah kedudukan pokok yang sangat tinggi dan pada masa sama memerlukan pertolongan orang kampung yang berpengalaman untuk memasang tali di pokok berdekatan bagi memudahkan naik ke atas.

"Ketika proses membawa turun pula, saya perlu berhati-hati kerana bimbang akan terjatuh disebabkan beban berat. Namun syukur, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya yang ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.

Tuan Mohd Sukri menerima sijil penghargaan itu yang disampaikan Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin. Turut menerima penghargaan ialah Mohamad Suhazaki Hakim Mohd Ali dan Muhammad Amir Firdaus Mehat, penduduk kampung yang membantu operasi berkenaan.

Tuan Mohd Sukri yang pernah bertugas dalam Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan menyelamatkan orang terperangkap dalam kereta kabel berkata, dia akan terus berkhidmat kepada masyarakat selagi terdaya.

Dalam insiden itu, Che Hussin Hassan, 62, meninggal dunia di atas pokok berketinggian 60 meter akibat serangan jantung ketika sedang mencari madu kelulut.

Operasi menyelamatkannya mengambil masa lebih tujuh jam.

Dalam pada itu, Zainal berkata, JBPM Kelantan merekodkan jumlah kerugian kebakaran lebih RM98 juta pada tahun ini.

Katanya, cuaca panas dan kering antara faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan ketara jumlah panggilan kecemasan kebakaran sepanjang Mac sehingga Mei tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... penduduk-hero-bomba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.046797 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list