|
JEFRI (dua kanan) menyantuni keluarga Fatin Nur Aqilah ketika ditemui selepas Program Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik (YPeA) di Kampung Chuchoh Puteri. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
Kuala Krai: Kesusahan keluarga, selain kekangan kewangan menyebabkan seorang anak penoreh getah dari Kampung Chuchoh Puteri, di sini, terpaksa menolak tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Fatin Nur Aqilah Mat Soom, 18, berkata, selepas ayahnya, Mat Soom Abu Bakar meninggal dunia pada 2019 disebabkan sakit jantung, kini ibunya, Moraini Ismail, 52, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bekerja mengambil upah menoreh getah.
"Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diperoleh melayakkan saya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.
"Bagaimanapun, saya terpaksa menolak tawaran ini disebabkan kekangan kewangan dan mengambil keputusan menyambung pengajian di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Chuchoh Puteri di sini, semalam.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima lawatan daripada Yayasan Petronas yang diketuai Pengurus Libat Urus Petronas Pantai Timur, Jefri Mohamed Zain ketika Program YPeA.
Hadir sama, Pengurus Besar, Pejabat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Kelantan, Megat Shah Rizal Noor Ikhsan.
Fatin Nur Aqilah berkata, sebelum ini dia adalah pelajar yang tercorot, namun sebaik terpilih mengikuti program bimbingan di bawah Program Yayasan Petronas empower ECER Akademik (YPeA), dia berjaya meraih keputusan 1A+, 4A, 1B, 1C dan 1D dalam SPM 2022.
Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, untuk meneruskan kelangsungan hidup, mereka sekeluarga bergantung kepada wang pencen arwah ayah yang sebelum ini berkhidmat sebagai tentera, selain upah menoreh getah yang tidak menentu, kira-kira RM250 sebulan.
"Bagaimanapun, saya tidak pernah menjadikan faktor kemiskinan keluarga sebagai penghalang untuk berjaya.
"Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik dan memberi sumber inspirasi kepada orang lain untuk sama-sama berjaya," katanya.
Sementara itu, Jefri berkata, seramai 200 pelajar tercorot di kawasan pedalaman Kuala Krai berjaya mencatat keputusan lulus 100 peratus pada SPM 2022 selepas mengikuti Program Yayasan Petronas empower ECER Akademik (YPeA) sesi 2022/2023.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kesusahan-keluarga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|