View: 226|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penyeludup pecut kereta sampai masuk hospital
[Copy link]
|
|
SEJUMLAH tong plastik yang mengandungi 600 liter diesel dipercayai untuk aktiviti penyelewengan dirampas dalam Proton Iswara Aeroback di kawasan HRPZ II. FOTO Ihsan KPDN
Kota Bharu: Panik diekori penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyebabkan seorang lelaki dipercayai penyeludup melarikan diri sehingga memasuki kawasan hospital.
Kereta yang dipandu lelaki itu pada mulanya dipecut memasuki laluan ke Pusat Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, sebelum masuk ke jalan sehala dan tersekat di pintu pagar hadapan pondok pengawal.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan Azman Ismail berkata, insiden berlaku jam 5 pagi tadi, apabila pasukannya mengesan Proton Iswara Aeroback berpendaftaran tempatan disyaki membawa muatan diesel bersubsidi diseleweng.
"Kami lihat kereta terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan, ia didapati berlegar-legar di jalan raya sekitar Pengkalan Chepa sebelum membuat pembelian berulang di beberapa stesen minyak.
"Kami terus mengekori kereta terbabit sebelum suspek yang menyedari diekori terus memecut sejauh lima kilometer.
"Kereta dipandu kemudiannya memasuki kawasan HRPZ II sebelum terhenti di pintu pagar yang tertutup di hadapan pondok pengawal, suspek kemudiannya melarikan diri," katanya pada kenyataan hari ini.
Azman berkata, pemeriksaan dalam kereta itu menemukan 600 liter diesel dalam tong plastik bernilai RM1,337.70.
Katanya, diesel itu dipercayai akan dibawa ke pangkalan haram di Pengkalan Kubor, Tumpat untuk diseludup ke Thailand. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpai-masuk-hospital |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|