|
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Kuala Terengganu: "Jika hak orang, ia tetap hak orang dan haram mengambilnya walaupun satu sen," itu kata Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron.
Beliau diminta mengulas mengenai kejadian wang tunai sebanyak RM60,000 seorang individu tercicir dari kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok, Besut minggu lalu.
Beliau berkata, pihaknya meminta mana-mana individu yang terambil duit berkenaan supaya memulangkan semula kepada pemiliknya.
"Memang haram jika kita mengambil hak orang lain. Maka, kita kena kembalikan semula duit yang diambil ini kepada pemilik sebenar walaupun satu sen.
"Pernah berlaku selepas daripada peperangan ada yang mengambil tali kasut dan tidak diagihkan seolah-olah mengambil dari api neraka," katanya yang ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Terdahulu, selepas enam hari kejadian berlaku, pemuda yang keciciran wang RM30,000 hanya memperoleh semula RM1,000 apabila ia dipulangkan seorang wanita.
Dalam kejadian Rabu lalu, Wan Ibrahim Wan Leh, 24, kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah RM60,000 yang diletak atas but keretanya terjatuh di jalan kira-kira jam 11 pagi.
Mangsa dikatakan terlupa ada meletakkan beg berkenaan sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... en-mufti-terengganu |
|