CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Terengganu] Bakti anak hingga akhir hayat

[Copy link]
Post time 20-7-2023 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: "Arwah (anak) seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga ketika hayatnya.

"Kini walaupun sudah tiada, dia terus menunaikan tanggungjawabnya apabila memberi kami wang belanja setiap bulan (menerusi Faedah Orang Tanggungan)," kata Ahmad Hasbullah Mohamad, 46.

Ahmad Hasbullah adalah bapa kepada Allahyarham Muhammad Amirul, 21, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan akhir bulan lalu.

Dia yang juga bekas kakitangan Balai Berita News Straits Time Press (NSTP) Ajil, Kuala Berang bersyukur Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberikan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) berikutan kehilangan anaknya itu.

"Atas keprihatinan majikan mendaftar arwah dalam Perkeso, sedikit sebanyak faedah diterima hasil caruman itu dapat meringankan beban keluarga apatah lagi anak saya masih lagi bersekolah dan yang bongsu baru berusia setahun," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan faedah itu oleh Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin, di rumahnya di Kampung Bukit Ara, Ajil, di sini, hari ini.

Menceritakan kemalangan membabitkan arwah anaknya, bapa kepada lima anak itu berkata, kejadian berlaku ketika arwah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Kuala Terengganu.

"Selepas mengetahui kejadian kira-kira 7.40 malam, saya terus ke lokasi kejadian dan sedih melihat tubuh anak terbujur kaku di atas jalan raya.

"Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu dan reda dengan apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Farihah berkata, waris layak menerima FPM berjumlah RM2,000 dan FOT yang dibayar dalam bentuk pencen bulanan seumur hidup sebanyak RM954.80 sebulan.

"Bermula Januari hingga Jun ini, Perkeso sudah merekodan sebanyak 3,019 kes dengan bayaran faedah sebanyak RM8.5 juta," katanya.


FARIHAH (kanan) menjelaskan faedah Perkeso kepada Ahmad Hasbullah (dua kanan). FOTO Zaid Salim

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hingga-akhir-hayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.284886 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list