View: 242|Reply: 0
|
[Kelantan]
Orang Asli dakwa pemilik kebun sayur, buah lebih gemar ambil pekerja asing
[Copy link]
|
|
Gua Musang: Masyarakat Orang Asli di daerah ini berharap mereka diberi keutamaan dalam penawaran pekerjaan berbanding tenaga kerja asing.
Penghulu Pos Tuel Halim Sarip berkata, terdapat beberapa kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di sekitar penempatan mereka, namun peluang pekerjaan masih terhad ekoran pengambilan buruh asing.
"Kalau kita tengok memang ada penggunaan buruh asing di kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di sekitar penempatan ini, ia membuat agak sukar untuk masyarakat Orang Asli mendapat kerja.
"Belia di sini hanya mewarisi pekerjaan nenek moyang," katanya ketika ditemui pemberita di Pos Tuel di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tuel Atan Alang berkata, kebanyakan penduduk menjadikan aktiviti menoreh getah sebagai pekerjaan tetap memandangkan kekurangan pekerjaan ditawarkan di sekitar penempatan itu.
Atan berkata, hal itu menyebabkan kebanyakan belia Orang Asli lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menganggur dan segelintir mengambil keputusan untuk berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur, Ipoh dan di kebun sayur Cameron Highlands, Pahang.
"Tiada peluang kerja buat belia lepasan SPM di sini. Saya minta kerajaan bantu anak muda Orang Asli kami, kalau dapat bekerja dalam bidang kemahiran pun elok juga," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Mohd Syahbuddin Hashim berharap lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan kerajaan untuk membantu masyarakat Orang Asli terutama golongan belia di kawasan pedalaman.
Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berkata, kebanyakan Orang Asli masih lagi bergantung kepada mencari hasil hutan selain bercucuk tanam untuk sara hidup.
"Kita berharap lebih banyak peluang diadakan untuk membolehkan golongan ini menyerlahkan potensi dan kebolehan masing-masing. Mereka ini juga dapat menjadi ejen penyumbang terhadap pembangunan syarikat dan pembangunan negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ambil-pekerja-asing |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|