CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Kelantan] Gerai meriah setahun sekali

[Copy link]
Post time 22-7-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

CHE Muhammad Rasul Razimin melayan pelanggan yang datang ke gerai jeruk buah sentul milik bapanya, Che Rahim di Kampung Tok Burong, Bachok. FOTO BERNAMA

Bachok: Hanya setahun sekali sebuah gerai di Kampung Tok Burong di pinggir Jalan Bachok di sini akan meriah dengan kehadiran pelanggan khususnya dalam kalangan penggemar jeruk sentul.

Pemilik gerai, Che Rahim Muhammad, 64, berkata buah sentul atau dikenali sebagai stol dalam kalangan masyarakat setempat merupakan pokok yang berbuah setahun sekali, jadi dia hanya dapat menawarkan jeruk buah itu pada Jun hingga Julai.

"Sebab itu, pelanggan panggil gerai saya ini gerai setahun sekali kerana apabila tiba musim stol sahaja ia beroperasi.

"Saya hasilkan dua jenis jeruk stol iaitu yang menggunakan 'nise kerek' (nira kelapa) dan satu lagi gula biasa," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Bercerita lanjut, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata selain nise kerek dan gula, bahan lain yang diperlukan untuk menghasilkan jeruk stol ialah garam, air, cili kering (untuk jeruk stol nise kerek) dan cuka.

Che Rahim berkata jeruk stol hasil air tangannya yang dijual pada harga RM10 sebotol mengandungi 10 hingga 12 biji, mendapat permintaan tinggi kerana ia tidak mengandungi pengawet berbanding jeruk yang diimport dari negara jiran.


ANTARA jeruk buah sentul dan ‘nise’ (manisan diperbuat daripada gula melaka) yang dijual di Kampung Tok Burong, Bachok. FOTO BERNAMA

"Biasanya, saya akan dapatkan bekalan buah stol daripada peraih di sekitar Bachok, Pasir Puteh serta beberapa lokasi lain di Kelantan. Saya beli pada harga RM10 sekilogram.

"Dengan dibantu isteri, buah akan dikupas kulit, dibelah (tidak sampai putus) dan direndam dalam air garam semalaman sebelum ditos sehingga kering," katanya yang sudah 10 tahun menjual jeruk stol.

Menurut Che Rahim proses seterusnya ialah menghasilkan jeruk nise dengan merebus air yang dicampur cili kering kisar hingga mendidih kemudian masukkan nise kerek, gula, cuka dan garam.

"Selepas semua bahan hancur, air gula itu disejukkan terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam botol yang mengandungi stol.

"Untuk tahun ini, saya beli kira-kira 1,500 biji stol untuk dijadikan jeruk dan setiap hari saya mampu jual lima hingga 10 botol," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... riah-setahun-sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.354043 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list