CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Kelantan] Angkara durian, 500 penduduk merana

[Copy link]
Post time 25-7-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

Ramli Ajom, (tiga dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang ketika ditemui pemberita di Bandar Baru, hari ini. FOTO BERNAMA

Gua Musang: Sekumpulan penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Mendrod dan Kampung Jelgek B di Pos Brooke di sini, membuat laporan polis selepas mendakwa berlaku pencerobohan tanah di kawasan tadahan air berdekatan penempatan mereka.

Penduduk Kampung Mendrod, Rama Ajom, 44, berkata, mereka mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, ekoran tidak berpuas hati apabila mendapati terdapat aktiviti pencerobohan di kawasan itu yang dipercayai bagi tujuan penanaman pokok durian.

Beliau berkata, sekiranya aktiviti ini berterusan, dibimbangi ia akan menyebabkan sumber tadahan air bukit yang digunakan kira-kira 500 penduduk tercemar.

"Aktiviti perladangan yang dipercayai dilakukan syarikat swasta berkenaan dikesan bermula sejak awal Januari lalu.

"Sebelum ini, kami sudah berunding dan membuat perbincangan dengan beberapa pihak termasuklah syarikat swasta yang terbabit supaya tidak melakukan aktiviti perladangan di kawasan sempadan dengan kampung kami.

"Malah, masalah ini sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Namun nampaknya ia seperti sia-sia sahaja," katanya tya

Selain itu, wakil penduduk Kampung Jelgek B Ramli Ajom, 34, pula berkata, dia sedih dan kecewa melihatkan semakin banyak tanah dibuka, yang akan memberi kesan ke atas kawasan tanah kubur adat dan kebun yang diusahakan penduduk.

Beliau berkata, penempatan yang didiami mereka sudah wujud lebih 60 tahun lalu dan kini semakin terancam dengan aktiviti penerokaan tanah.

"Kami mewakili penduduk di dua kampung, berharap pihak berwajib seperti kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan, Jabatan Alam Sekitar dan JAKOA membantu masalah kami ini.

"Jangan rosakkan sumber air Orang Asli. Teliti dahulu kawasan sumber air kami sebelum membuat kerja perladangan," katanya.

Sementara itu, jurucakap JAKOA ketika dihubungi mengambil maklum berhubung laporan dibuat penduduk dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di kawasan Orang Asli terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 500-penduduk-merana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.718929 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list