CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Telles berat hati tinggalkan Manchester United

[Copy link]
Post time 25-7-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode

TELLES melengkapkan perpindahannya ke Al-Nassr untuk beraksi di Liga Profesional Arab Saudi apabila dilepaskan oleh United. – FB AL-NASSR

MANCHESTER – Walaupun tidak mendapat tempat dalam skuad utama hingga terpaksa dipinjamkan ke Sevilla, Alex Telles yang melengkapkan perpindahan ke Al-Nassr tetap menghargai tempohnya bersama Manchester United.

Sekalipun tidak mampu untuk meneruskan cita-citanya terus bermain di Old Trafford, Telles mengakui tidak terkilan dengan keputusan pihak pengurusan The Red Devils melepaskan khidmatnya.

“Usaha, kerja keras, dedikasi, bakat dan keyakinan! Saya tidak tahu berapa banyak resipi dalam hidup untuk capai sesuatu serta melaksanakan projek yang dilakukan.

“Ketika saya mula tiba di United, saya sudah merealisasikan impian untuk bermain di salah sebuah kelab terbesar di dunia. Kelab yang memiliki penyokong yang hebat dan bandaraya ini memberikan saya ramai kawan.

“Sekarang saya menutup kisah luar biasa, tetapi yakinlah saya tetap hormati setiap detik latihan dan perlawanan bersama United. Terima kasih Manchester United,” katanya.

Perpindahan pemain dari Brazil itu menyaksikan Man. United memperoleh yuran perpindahan bernilai £5 juta (RM29.3 juta) dari Al-Nassr.

Telles mula menyertai United daripada Porto pada 2020 dengan nilai £13 juta (RM76.2 juta) bagi memberikan persaingan sihat kepada Luke Shaw, namun gagal melunaskan harapan diberikan pengurus ketika itu, Ole Gunnar Solskjaer.

Keputusan Telles untuk turut serta beberapa bintang dunia lain ke Arab Saudi terpaksa dibuat selepas Sevilla enggan mengikatnya secara tetap sambil United sedang berusaha untuk mengurangkan komitmen. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -manchester-united/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list